Cantik Tanpa Solekan


Ada beratus-ratus informasi di internet yang mengajar anda tentang cara bersolek yang betul. Sudah tentu, kesemua ilmu ini akan menyenaraikan pelbagai kegunaan dan fungsi alat solek sehingga anda sendiri mungkin tidak kenal apakah alat solek yang dimaksudkan. Tetapi daripada ilmu bersolek semata-mata, apakah tidak ada ilmu yang memberikan anda kebaikan untuk tidak bergantung kepada alat solek pula untuk cantik? Mungkin ada baiknya kita tampil tanpa sebarang sapuan alat mekap tetapi tetap cantik. Bolehkah begitu?

Kenapa Perlu Wajah Cantik Tanpa Solekan?

1. Siapa Yang Punyai Masa


Bukan semua wanita mempunyai wang yang cukup untuk membeli kesemua alat solek dengan lengkap. Dan bukan semua wanita juga mempunyai masa untuk memperuntukkan setidak-tidaknya 30 minit masa di depan cermin untus merias wajah. Perlu juga diingat, ada wanita yang turut tidak suka memperuntukkan masa yang lebih lama daripada bersolek untuk menanggalkan pula solekan itu dari wajah dengan sempurna. Tidak mustahil semua ini memerlukan wang yang banyak. Anda perlu membeli pelbagai produk penanggal solekan yang khusus. 




2. Salah Menafsir Label

Walaupun ada melihat model pada kotak produk itu cantik dengan bulu kening yang tebal, pipi kemerahan dan sebagainya, adalah sesuatu yang mustahil jika anda mahu menjadi sama 100% sepertinya. Walaupun anda memperuntukkan sehari suntuk di depan cermin, anda tidak akan mampu mendapatkan wajah seperti model yang tertera pada produk itu. Yang sering berlaku, kebanyakan label produk gemar mendakwa produk mereka mampu memperbaiki tona dan tekstur kulit. Malangnya, mereka gagal menepati janji. Oleh itu, jika anda mengharapkan aksi yang mengujakan dengan sebatang mascara, anda pasti terkejut kerana kebanyakan berus yang mendakwa ‘tidak bergumpal’ itu sebenarnya menimbulkan aksi yang bergumpal dengan serius sekali. Kecewa, kan?

3. Wajah Tampak Muda

Wanita yang memilih untuk tidak mengenakan mekap selalunya mempunyai wajah yang kelihatan lebih muda berbanding wanita yang bermekap. Anda mungkin akan menambahkan usia sendiri jika tersalah memilih bedak asas dan warna bedak. Ini juga trik yang mungkin mencacatkan penampilan diri. 





4. Sentuh Wajah Anda

Apabila anda tidak mengenakan alat solek, anda tidak ada masalah untuk menggosok mata seberapa kerapa yang anda mahu (walaupun ia tidak disarankan). Anda tidak perlu bersusah payah untuk ke tandas dan membetulkan solekan yang berkemungkinan comot. Bahkan wajah yang bersolek selalunya mudah berminyak dan anda memerlukan kertas kedap minyak sepanjang masa. Untuk sesetengah solekan yang sempurna, anda mungkin memerlukan bulu mata palsu dan ini amat merimaskan.

Apapun sebab anda untuk tidak bersolek, sebenarnya penting untuk anda terus mengekalkan kecantikan wajah anda dan kekal yakin sepanjang masa. Oleh itu, tip di bawah pasti sedikit membantu.

Tip Kekal Cantik Tanpa Solekan

1. Rehat Untuk Cantik


Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi setiap malam. Aturan tidur enam ke lapan jam itu haruslah dipenuhi. Selain tidur yang cukup, pastikan anda minum air yang banyak. Kedua-dua perkara ini membantu anda mendapatkan kompleksi kulit yang cantik dan menghilangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata.





2. Cuci Wajah

Jika hasrat anda untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa solekan, maka anda perlulah mencuci wajah dua kali sehari sebagai rutin harian. Pilihlah pencuci muka dan skrub yang sesuai dengan jenis kulit untuk mendapatkan hasil yang baik.

Jika anda ingin membuat pilihan jenis pencuci muka yang hendak digunakan, anda seharusnya memilih pencuci muka yang bebas dari alkohol. Sebaiknya pilih sabun dengan bahan semula jadi seperti Pencuci Muka GAMAT (klik), badam, minyak zaitun dan avokado kerana ia sangat baik untuk kulit dan mempunyai bahan yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit wajah serta membantu mengelakkan iritasi! Waktu terbaik untuk mencuci muka di waktu malam ialah sebelum masuk tidur.

3. Lembapkan Wajah Dan Tubuh

Sapukan pelembap setiap hari pada wajah dan tubuh. Untuk memastikan kulit tubuh anda lebih lembut, halus, gebu & kulit tidak kering, gunakan Losyen Tangan & Badan Gamat (klik). Bagi pelembap wajah pula, pilihlah yang mengandungi bahan SPF walaupun pada waktu itu matahari tidak memancar. Untuk malam pula, pilihlah pelembap khusus di malam hari dan pakailah selepas anda membersihkan wajah. Ini membantu memperbaiki kompleksi kulit dan menjadikannya lebih lembut dan licin.

Tambahan pula, majoriti penduduk Malaysia sama ada kulit normal atau kulit berminyak mempunyai simptom terhidrasi disebabkan cuaca panas sepanjang tahun. Oleh itu, adalah penting untuk kita memilih pelembap yang mengandungi agen pelembap yang efektif. Agen pelembap memainkan peranan melembapkan permukaan epidermis, menghalang kehilangan air di permukaan epidermis, dan merangsang sel kulit untuk mendapat lebih banyak air daripada badan kita.

Justeru itu, pilihan terbaik untuk anda adalah Pelembap AHA Gamat (klik) kerana ia kaya dengan ekstrak pati gamat tulen, agen pelembap & diformulasikan khas untuk kulit Asia.

4. Diet

Makanan sihat penting untuk menjadikan anda kekal sihat dan muda. Oleh itu, makanlah buah dan sayur yang mencukupi untuk menzahirkan kulit yang bersinar. Triknya ialah dengan menikmati semangkuk buah atau sayur segar sebelum anda menikmati makanan utama.

Selain itu, dengan pengambilan suplemen tambahan seperti Pro Aktif PCN (klik) dapat membantu anda kekal sihat dan cantik dan yang paling penting melambatkan proses penuaan anda.


Cubalah Hari ini!

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya