Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius. Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia. Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca pana...