Posts

MACAM MANA GASTRIK TERJADI?

Image
Dalam bahasa mudah untuk difahami, masalah gastrik terjadi disebabkan lapisan bendalir yang bertindak sebagai buffer atau pemisah antara dinding perut dengan kawasan berasid dalam perut  telah menipis dan seterusnya menyebabkan permukaan dinding perut terhakis dan berlakunya keradangan. Bagi keadaan yang lebih serius ia boleh menjadi ke tahap ulser disebabkan dinding perut luka. DAN paling menakutkan dikhuatiri ia boleh menjadi kanser perut. Keadaan ini akan berlaku dengan lebih cepat apabila keasidan dalam badan terlalu tinggi. Ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. 6 MANFAAT ROYAL GAMAT TRADISEA UNTUK GASTRIK @ GERD . Gamat adalah haiwan laut yang mempunyai khasiat yang boleh membantu merawat pelbagai penyakit termasuk gangguan perut atau gastrik. Antara kebaikan gamat untuk gastrik termasuklah : . 1) MENGURANGKAN KERADANGAN DALAM PERUT Gamat mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai triterpene glycosides yang boleh membantu me...

MINUM ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA RASA PANASSS ??

Image
Tahniah!! jika anda telah pun mendapat pengalaman pertama setelah mengamalkan ROYAL GAMAT LIQUID (RGL) TRADISEA . Ketahuilah bahawa anda telah membuat keputusan tepat dengan memilih ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA sebagai suplemen atau remedi semulajadi untuk kesihatan anda.  KENAPA MINUM ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA BADAN RASA PANAS ?? Pernyataan ini adalah salah faham yang sering berlaku apabila anda mengamalkan gamat. Sebenarnya khasiat yang ada pada gamat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Tahukah kita bahawa kadar metabolisma bagi setiap individu adalah berbeza?  Pernahkah kita terfikir tentang mereka yang kurus dan kuat makan tetap kekal kurus, manakala mereka yang hanya makan sekali sehari mengalami masalah pertambahan berat badan. Antara faktor berlaku sedemikian adalah disebabkan oleh kadar metabolisma setiap individu itu tersebut. Apa Yang Dimaksudkan Dengan Metabolisma? Metabolisma adalah satu proses badan menukarkan kalori daripada makanan...

Gamat Anti Kanser

Image
Alhamdulillah , setelah hampir 16 tahun Produk Gamat GOLD Luxor yang dahulunya dikenali dengan Jeli Gamat Serigama kembali menjadi sebutan ramai orang di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak di atas kuasa penyembuhan semulajadi yang terdapat pada gamat. Bermacam cerita dan testimoni yang direkodkan samada yang telah dibuktikan secara saintifik atau pun melalui pengalaman mereka yang telah mencubanya.. Masing-masing punya badan, sendiri rasa kenikmatannya. Cuma, admin mendapat persoalan yang mengatakan bahawa GAMAT punca sel kanser membiak berdasarkan kepada kefahaman bahawa gamat merangsang pertumbuhan sel baru jadi kepada mereka yang mengidap kanser, keadaan akan menjadi lagi teruk. Ada juga yang mendakwa gamat penyebab pengidap kanser. Adakah ia benar ? ----------------------------------------------------------------------------- Pernyataan di atas sebenarnya adalah salah faham tentang manfaat gamat & punca kanser. Admin sendiri merujuk kepada beberapa ...

Perlukah Membawa Anak Demam & Selesema Ke Klinik?

Image
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH. Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas. Cuma ada beberapa keadaan di mana ibu bapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik. • Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari. • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas. • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun. • Sels...

Pernahkah Anda Terfikir Apa Yang Anda Makan Setiap Hari?

Image
Sebenarnya bila dah mula makan di luar, inilah risiko yang kita kena hadapi..bukan sekali tetapi berkali-kali kita sebagai pengguna sering didedahkan dengan kisah-kisah sebegini.. Kekotoran ada di mana sahaja..dan lebih menjijikan disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan dititikberatkan dalam soal penyediaan makanan bersih maka kita mudah diserang penyakit. Sebab itu, kita perlu kuatkan sistem imun supaya badan kita dapat menghadapi ancaman-ancaman penyakit yang berpunca daripada pemakanan. Ini baru sebahagian cerita..Justeru, eloklah kita mulakan langkah pencegahan awal dalam menguatkan sistem pertahanan badan, dapatkan nutrien yang lengkap yang diperlukan badan dan seimbangkan sistem dalam badan yang saling berkait. Bagi mencapai matlamat ini, Set EXCEL PACK PCN adalah jawapannya. Dapat segera dan mulakan perlindungan menyeluruh untuk seisi keluarga anda. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.

Kenapa Lelaki Mengalami Pasang Surut?

Image
Pasang Surut atau dipanggil ‘hernia’ berlaku apabila sebahagian daripada usus telah terkeluar dari bahagian perut dan membentuk bonjolan di kawasan antara perut dan peha. Pasang surut ini lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki bermula dari umur pertengahan sampailah kepada warga emas.  Bagaimana ia boleh berlaku? Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat. Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah. # Yang pertama , mungkin disebabkan seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar. # Yang kedua , masalah ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu sering melakukan k...

2.6 juta Hidap Kencing Manis - Subramaniam

Image
Oleh ZULHISHAM ISAHAK SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka. "Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup. "Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat ...

Awasi Demam Anak Anda

Image
AWASI demam anak anda sekiranya disertai gejala seperti cirit-birit, kekejangan dan muntah yang berterusan. – Gambar hiasan PERUBAHAN cuaca akan menyebabkan kanak-kanak kecil mudah mendapat demam tetapi ada beberapa gejala penyakit itu yang perlu diambil serius oleh ibu bapa. Menurut pakar kanak-kanak dari Rumah Sakit Ibu dan Anak Evasari di Jakarta, Indonesia, Dr. Frieda Handayani, semasa demam, kanak-kanak berusia tiga bulan hingga lima tahun mudah dijangkiti kuman dan tubuh mereka boleh menjadi kejang kerana suhu badan yang tinggi. “Jika anak demam dan mengalami kekejangan yang berterusan ia boleh mengganggu fungsi otak mereka,” katanya seperti dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com baru-baru ini. Menurut Dr Frieda, kanak-kanak itu juga akan diserang cirit-birit dan muntah tiga hingga empat kali sehari. Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang terhadap penjagaan anak mereka mendapati terdapat tan da-tanda awal demam itu dengan tidak diselubun...

Ekzema Kronik Punca Asma

Image
Apabila sesebuah negara menjadi lebih maju dari segi teknologi dan industri, kes asma dan penyakit alahan akan meningkat secara berterusan. Dalam kesibukan Malaysia dan negara rantau Asia mengejar kemajuan ekonomi, kita tidak dapat menafikan peningkatan kesan penyakit ini kepada pesakit. Asma terjadi berikutan faktor lain termasuk genetik dan pengaruh alam sekitar seperti pencemaran. Salah satu daripada isyarat awal yang menunjukkan peningkatan risiko alahan asma ialah ekzema. Perunding Asma, Alahan dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo berkata, penyakit asma bukan entiti tetapi sindrom. Ini bermaksud banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini. “Sehubungan itu, rawatan terhadap asma adalah proses yang rumit dan tindak balas kepada rawatan bergantung kepada tahap keradangan pada saluran pernafasan. “Pesakit yang mengalami ekzema kronik mengalami 65 peratus risiko untuk dijangkiti asma dalam hayat mereka. Ekzema muncul sebagai suatu gangguan kepada lapi...

Alahan Penyebab Ekzema

Image
RENGSA pada kulit bayi biasanya akan menyebabkan bayi meragam manakala ibu bapa pula tidak selesa. Kerengsaan kulit yang berlaku ini dinamakan ekzema iaitu keadaan kulit yang kering dan gatal. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun. "Lazimnya ia beransur-ansur sembuh menjelang usia belasan tahun tetapi ada yang berterusan sehingga dewasa. Sebenarnya ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai," katanya kepada Pancasihat di pejabatnya baru-baru ini. Beliau menjelaskan ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti pencuci. Kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, ...

Tips Mengecutkan Perut & Rahim

Image
Ini petua orang tua-tua dan saya dapat daripada nenek saya sendiri yang berbangsa Jawa. Tapi tak tau la kot bangsa lain pun ada amalkan. Caranya begini. Ambil param dan campurkan dengan kapur, perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian sapukan pada perut dan pakai la bengkung. Tapi saya bagi tau awal-awal la ye pakai ni memang la sangat gatal tapi memang sangat berkesan dan perut tak buncit. Pengalaman saya nak kurangkan rasa gatal tu saya sapu Gel Gamat GOLD dulu sebelum sapu campuran param tu. Lagi satu tips tambahan, bagi anda yang rasa macam renyah je hendak ber'param', makan je Jeli Gamat GOLD. Nak cepat nampak kesan makan 2 sudu pagi & 2 sudu malam. Ok ibu-ibu yang sedang berpantang, selamat mencuba ye.. Untuk Pesanan (Klik)

RESIPI Menghilangkan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat

Image
Sediakan sup bawang merah dan madu dengan mendidihkan potongan-potongan bawang merah dalam madu, dan tutup selama setengah jam. Kemudian, pindahkan dari dapur dan sejukkan ia selama 10 minit. Bawang putih dimasukkan akhir sekali kerana khasiat bawang putih hilang sekiranya dipanaskan. Kaedahnya Tambahkan 6-8 biji ulas bawang putih yang dikupas dan dihancurkan. Tutup, dan biarkan ia terendam selama 1 jam. Kemudian minum 1 sudu teh sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Rujukan >> Buku Rasulullah Is My Doctor -------------------------------------------------- Jeli Gamat GOLD juga mempunyai khasiat untuk mencegah dan merawat penyakit. Ia dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda supaya dapat menghadapi serangan patogen penyakit dari luar. Bagi menambahkan lagi keberkesanannya, Jeli Gamat GOLD diambil bersama dengan Bio C Complex . Jika ketika anda rasa tidak sedap badan, telan 2 sudu gamat pagi & malam serta 2...

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Image
** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be  Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: * Dilarang Tidur Tidak Berbantal Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. * Memakai Sarung Kaki (Stokin) Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. * Jangan Duduk Mencangkung Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. * Mandi Duduk Di Bangku Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan pe...