MINUM ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA RASA PANASSS ??
Tahniah!! jika anda telah pun mendapat pengalaman pertama setelah mengamalkan ROYAL GAMAT LIQUID (RGL) TRADISEA. Ketahuilah bahawa anda telah membuat keputusan tepat dengan memilih ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA sebagai suplemen atau remedi semulajadi untuk kesihatan anda.
KENAPA MINUM ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA BADAN RASA PANAS ??
Pernyataan ini adalah salah faham yang sering berlaku apabila anda mengamalkan gamat. Sebenarnya khasiat yang ada pada gamat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.
Tahukah kita bahawa kadar metabolisma bagi setiap individu adalah berbeza?
Pernahkah kita terfikir tentang mereka yang kurus dan kuat makan tetap kekal kurus, manakala mereka yang hanya makan sekali sehari mengalami masalah pertambahan berat badan. Antara faktor berlaku sedemikian adalah disebabkan oleh kadar metabolisma setiap individu itu tersebut.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Metabolisma?
Metabolisma adalah satu proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Metabolisme ini membabitkan tiga perkara asas, PERTAMA adalah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian bagi membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. KEDUAnya adalah pencernaan dan penyerapan makanan. Dan yang KETIGA adalah aktiviti fizikal harian.
Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisma yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama.
Antara faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah UMUR. Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun.
Kedua, JANTINA, lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih.
Ketiga, KETURUNAN. Mungkin ada antara kita yang mewarisi genetik rendah metabolisme daripada generasi sebelumnya.
Keempat masalah TIROID, mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif), Hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif).
Jadi Kenapa Makan Gamat Rasa Panas??
Biasanya apabila proses metabolisma berlaku terutama ketika bersenam atau melakukan banyak aktiviti. Bila kalori atau dalam bahasa mudah LEMAK & MAKANAN DALAM BADAN dibakar, ia menaikkan suhu badan kerana peredaran darah mula lancar dan memenuhi bahagian-bahagian badan yang mempunyai saluran darah yang halus.
Darah kita adalah kategori berdarah panas jadi apabila kita makan gamat, gamat akan bakar lemak dalam badan dan peredaran darah pun mula lancar. Sebab itu, kita akan merasa badan panas seperti keadaan selepas kita bersenam. Bukankah itu petanda bagus bahawa badan kita sihat dan yang pastinya kita masih "HIDUP".. Hanya mayat sahaja berdarah sejuk (hehe.. gurau je ye)
Justeru, apa yang boleh kita lakukan, kita perlu meminum 8 gelas air kosong atau lebih supaya suhu badan menurun dan proses metabolisma badan berlaku dengan lancar.
Moga dengan penerangan ini dapat menjelaskan serba sedikit feedback mereka yang makan gamat atau mengeluarkan kenyataan bahawa "MAKAN GAMAT = PANAS"
Coach MZM
Gamat Experts Since 2005
Untuk pembelian terus klik link di bawah :
https://bit.ly/OnlineShopTradiSea
.
Untuk info boleh hubungi kami terus di :
wasap.my/60183597495/InfoProduk
DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.
Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.
Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.
Comments
Post a Comment