Posts

2.6 juta Hidap Kencing Manis - Subramaniam

Image
Oleh ZULHISHAM ISAHAK SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka. "Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup. "Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat ...

Awasi Demam Anak Anda

Image
AWASI demam anak anda sekiranya disertai gejala seperti cirit-birit, kekejangan dan muntah yang berterusan. – Gambar hiasan PERUBAHAN cuaca akan menyebabkan kanak-kanak kecil mudah mendapat demam tetapi ada beberapa gejala penyakit itu yang perlu diambil serius oleh ibu bapa. Menurut pakar kanak-kanak dari Rumah Sakit Ibu dan Anak Evasari di Jakarta, Indonesia, Dr. Frieda Handayani, semasa demam, kanak-kanak berusia tiga bulan hingga lima tahun mudah dijangkiti kuman dan tubuh mereka boleh menjadi kejang kerana suhu badan yang tinggi. “Jika anak demam dan mengalami kekejangan yang berterusan ia boleh mengganggu fungsi otak mereka,” katanya seperti dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com baru-baru ini. Menurut Dr Frieda, kanak-kanak itu juga akan diserang cirit-birit dan muntah tiga hingga empat kali sehari. Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang terhadap penjagaan anak mereka mendapati terdapat tan da-tanda awal demam itu dengan tidak diselubun...

Ekzema Kronik Punca Asma

Image
Apabila sesebuah negara menjadi lebih maju dari segi teknologi dan industri, kes asma dan penyakit alahan akan meningkat secara berterusan. Dalam kesibukan Malaysia dan negara rantau Asia mengejar kemajuan ekonomi, kita tidak dapat menafikan peningkatan kesan penyakit ini kepada pesakit. Asma terjadi berikutan faktor lain termasuk genetik dan pengaruh alam sekitar seperti pencemaran. Salah satu daripada isyarat awal yang menunjukkan peningkatan risiko alahan asma ialah ekzema. Perunding Asma, Alahan dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo berkata, penyakit asma bukan entiti tetapi sindrom. Ini bermaksud banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini. “Sehubungan itu, rawatan terhadap asma adalah proses yang rumit dan tindak balas kepada rawatan bergantung kepada tahap keradangan pada saluran pernafasan. “Pesakit yang mengalami ekzema kronik mengalami 65 peratus risiko untuk dijangkiti asma dalam hayat mereka. Ekzema muncul sebagai suatu gangguan kepada lapi...

Alahan Penyebab Ekzema

Image
RENGSA pada kulit bayi biasanya akan menyebabkan bayi meragam manakala ibu bapa pula tidak selesa. Kerengsaan kulit yang berlaku ini dinamakan ekzema iaitu keadaan kulit yang kering dan gatal. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun. "Lazimnya ia beransur-ansur sembuh menjelang usia belasan tahun tetapi ada yang berterusan sehingga dewasa. Sebenarnya ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai," katanya kepada Pancasihat di pejabatnya baru-baru ini. Beliau menjelaskan ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti pencuci. Kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, ...

Tips Mengecutkan Perut & Rahim

Image
Ini petua orang tua-tua dan saya dapat daripada nenek saya sendiri yang berbangsa Jawa. Tapi tak tau la kot bangsa lain pun ada amalkan. Caranya begini. Ambil param dan campurkan dengan kapur, perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian sapukan pada perut dan pakai la bengkung. Tapi saya bagi tau awal-awal la ye pakai ni memang la sangat gatal tapi memang sangat berkesan dan perut tak buncit. Pengalaman saya nak kurangkan rasa gatal tu saya sapu Gel Gamat GOLD dulu sebelum sapu campuran param tu. Lagi satu tips tambahan, bagi anda yang rasa macam renyah je hendak ber'param', makan je Jeli Gamat GOLD. Nak cepat nampak kesan makan 2 sudu pagi & 2 sudu malam. Ok ibu-ibu yang sedang berpantang, selamat mencuba ye.. Untuk Pesanan (Klik)

RESIPI Menghilangkan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat

Image
Sediakan sup bawang merah dan madu dengan mendidihkan potongan-potongan bawang merah dalam madu, dan tutup selama setengah jam. Kemudian, pindahkan dari dapur dan sejukkan ia selama 10 minit. Bawang putih dimasukkan akhir sekali kerana khasiat bawang putih hilang sekiranya dipanaskan. Kaedahnya Tambahkan 6-8 biji ulas bawang putih yang dikupas dan dihancurkan. Tutup, dan biarkan ia terendam selama 1 jam. Kemudian minum 1 sudu teh sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Rujukan >> Buku Rasulullah Is My Doctor -------------------------------------------------- Jeli Gamat GOLD juga mempunyai khasiat untuk mencegah dan merawat penyakit. Ia dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda supaya dapat menghadapi serangan patogen penyakit dari luar. Bagi menambahkan lagi keberkesanannya, Jeli Gamat GOLD diambil bersama dengan Bio C Complex . Jika ketika anda rasa tidak sedap badan, telan 2 sudu gamat pagi & malam serta 2...

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Image
** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be  Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: * Dilarang Tidur Tidak Berbantal Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. * Memakai Sarung Kaki (Stokin) Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. * Jangan Duduk Mencangkung Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. * Mandi Duduk Di Bangku Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan pe...

Penawar Kanser Dalam AL Quran

Image
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :  1. Istighfar 10x.  2. Salawat Nabi 10x.  3. Al-Fatihah 1x.  Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.  1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).  2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).  3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).  4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).  5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).  6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).  7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).  8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-7...

Tips Menjaga Buah Pinggang

Image
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. ** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) ** Minuman seperti nescafe , air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. ** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan bu...

Khasiat Rempah & Herba Dalam Masakan

Image
Rempah dan herba yang biasa digunakan dalam masakan Timur Tengah bukan saja memberi aroma dan citarasa yang menyelerakan, malah ia mempunyai faedah kesihatan. Berikut antara yang biasa digunakan dalam resepi masakan Timur Tengah, semoga boleh memberi inspirasi home chef-home chef di luar sana : 1. Jintan Putih - Zat besi, kalsium, & magnesium 2. Biji Gajus - Untuk kecerdasan otak 3. Biji Buah Pelaga - Untuk sistem penghadaman dan membersihkan salur kencing 4. Kunyit - Melawan kanser, sebagai anti-oksidan & anti-keradangan 5. Jemuju - Menghalang pembentukan kolesterol   6. Bunga Lawang - Sebagai anti-oksidan, menghalang jangkitan 7. Kayu Manis - Membersihkan darah, meneutralkan gula dalam darah   # Kredit To The Secret Medicines   Tapi kadang-kadang sukar untuk kita mendapatkan khasiat ini unless jika anda rajin memasak dan menggunakan semua bahan ini dalam masakan anda. Jika tidak, Pro Aktif PCN adalah jawapan kepada ...

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Image
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya . Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. c) Keluar ...

Satu Peratus Penduduk Malaysia Hadapi Sakit Mental

Image
KUALA LUMPUR 23 Julai - Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu. "Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya. "Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini. - BERNAMA   Apa Yang Perlu Dilakukan? Tahukah anda bahawa Jeli Gamat GOLD mempunyai sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan sejenis hormon ketenangan ...

KENALI GASTRIK DAN GERD & BAHAYANYA

Image
Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut. Punca gastrik Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jan...