Posts

Showing posts from September, 2024

TANDA-TANDA 'FROZEN SHOULDER'

Image
‘Frozen shoulder’ adalah masalah pada bahu yang sakit dan susah digerakkan, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. Ia biasa dialami oleh individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun. TANDA-TANDA Pesakit mengalami kesakitan yang berterusan dan pergerakan bahu terhad. Keadaan ini akan menjadi teruk apabila ia dibiarkan. Ia berlaku dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya. 1. Peringkat pertama : Pergerakan sendi bahu akan menyebabkan rasa sakit. Tetapi masih boleh digerakkan. 2. Peringkat kedua : Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan terhad kerana sendi menjadi keras dan sakit. 3. Peringkat ketiga : Pergerakan bahu beransur-ansur pulih dan rasa sakit semakin hilang. PENYEBAB ‘Frozen shoulder’ berlaku apabila terdapat pembentukan tisu parut di sekitar bahu. Parut ini semakin tebal dan tegang seterusnya menghalang pergerakan bahu. Kebanyakan pesakit yang mempunyai sejarah kecederaan atau terlalu kerap menggunakan sendi bahu. Ia dikataka