PELUANG BISNES




Assalamualaikum & Apa Khabar Anda Hari Ini?

Moga anda sentiasa berada dalam luar biasa baik!! Terima kasih kerana melayari www.jeligamat2u.blogspot.com Anda mungkin seorang yang sedang mencari peluang perniagaan atau mencari jalan untuk menambah pendapatan. Di sini saya hendak kongsikan satu peluang perniagaan dalam pasaran yang tiada batasan yang nilainya mencecah TRILLION DOLLAR!! SETAHUN. Anda boleh melakukan secara "Part-Time" atau "Full-time", "Offline" dan juga "Online". Apa yang menarik ia merupakan 1 platform untuk anda mula mencorakkan semula kehidupan anda melalui platform perniagaan.


Persoalannya anda hendak berniaga apa?

Di sini, coach ingin kongsikan kepada anda satu industri yang merupakan satu Lombong Emas bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Pendekatan yang kita akan gunakan untuk memasuki industri ini agak unik iaitu secara "bergotong-royong" atau "Networking" untuk memasuki pasaran ini.


INDUSTRI KESEJAHTERAAN

Semua orang ingin hidup sihat sejahtera, bertenaga, kelihatan muda dan gembira.





Namun kesibukan bekerja dan menguruskan rumahtangga, pencemaran alam sekitar, penggunaan bahan-bahan kimia dalam makanan dan produk-produk seharian menyebabkan ramai rakyat Malaysia gagal menjalani kehidupan dengan berkualiti. Semakin ramai yang mengidap penyakit-penyakit kronik, mempunyai masalah obesiti, tertekan, kelihatan tua daripada usia dan sebagainya. Kerana itulah kita memerlukan kepada industi Kesihatan dan Kesejahteraan.


Hakikatnya Industri Kesejahtaraan adalah jawapan kepada mereka yang inginkan kehidupan yang sihat dan berkualiti berasaskan kepada prinsip 5K iaitu Kesihatan, Kecantikan, Kecergasan, Kebersihan dan Kenikmatan. Jelas penumpuan industri ini bukan lagi sekadar menawarkan makanan-makanan kesihatan kepada mereka yang mempunyai penyakit sahaja, namun sebenarnya ia melibatkan semua lapisan dan golongan masyarakat mengikut keperluan individu masing-masing.


Justeru, inilah industri yang anda boleh gunakan sebagai platform untuk anda mulakan perniagaan pertama anda. Ia merupakan satu lombong emas di Malaysia dan merupakan industri terbesar dari segi nilai jualannya di Malaysia iaitu Industri Kesejahteraan atau Wellness Industry. Untuk memasuki industri ini kita menggunakan pendekatan konsep "bergotong-royong" atau tren terkini perniagaan di abad ke-21 iaitu "Networking Marketing".


KENAPA NETWORK MARKETING?

Donal Trump pernah mengatakan bahawa, "Sekiranya saya perlu bermula kembali, saya akan menceburi perniagaan Network Marketing".

Trend perniagaan terkini di alaf baru.

Dalam keadaan taraf hidup yang semakin meningkat, semua orang inginkan pendapatan yang lebih untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Justeru Network Marketing merupakan platfom yang terbaik kerana :
  • Boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan.
  • Modal permulaan yang mampu dikeluarkan oleh majoriti ramai.
  • Sistem kongsi & duplikasi. Dalam Network Marketing anda hanya perlu berkongsi tentang produk dan peluang perniagaan tersebut bersama orang lain dan menduplikasikan sistem tersebut kepada rakan-rakan niaga anda. Justeru dalam Network Marketing formulanya 1+1=3 ATAU LEBIH.
  • Boleh dimulakan secara separuh masa sebagai pendapatan sampingan atau boleh juga dijadikan kerjaya tetap dengan pendapatan yang lumayan.
  • Dalam Network Marketing anda tidak bersendirian. Pihak Syarikat dan rakan-rakan niaga anda yang lain akan sentiasa membimbing dan bersama membantu anda untuk mencapai impian yang anda harapkan.
  • Boleh dilakukan secara konvensional mahupun dalam talian menerusi media-media sosial seperti facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
  • Perniagaan Network Marketing juga akan mendedahkan anda kepada kemahiran berkomunikasi, bersosial, pemasaran, jualan, motivasi diri dan kepimpinan. Ini akan meningkatkan kualiti dalam diri anda dan menjadikan diri anda seorang yang lebih bermatlamat dan berkeyakinan diri.
  • Lebih menarik, Akademi Jari Emas telah menyediakan insentif-insentif menarik kepada rakan-rakan strategik (RS) AJE yang berjaya seperti pakej wang tunai, pelancongan dan percutian serta insentif-insentif lain.
  • Perniagaan Network Marketing juga boleh diwarisi oleh generasi seterusnya, contohnya anak. Justeru, ia boleh menjadi satu legasi perniagaan keluarga.

Robert Kiyosaki berkata, "Network Marketing menawarkan pelbagai faedah kepada mereka yang inginkan lebih kualiti dalam kehidupan".


FORMULA KEJAYAAN BERMULA DI SINI


Kita bersama dengan Akademi Jari Emas satu platform bisnes yang dimiliki oleh KTSN GLOBAL SDN BHD sebuah syarikat Muslim yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Terbaru, Akademi Jari Emas telah melancarkan produk berasaskan GAMAT di bawah jenama TRADISEA dan produk-produk kesihatan lain. Produk-produk ini dipasarkan melalui sistem ejen.


KENAPA AKADEMI JARI EMAS?


Januari, 2010 merupakan titik perjalanan terindah kerana terciptanya  satu Bisnes Entiti yang berperanan sebagai peneraju solusi ekonomi dan sosial demi kesejahteraan insan sejagat.

Kini, setelah 10 tahun di dalam industri kesejahteraan,  Akademi Jari Emas (AJE), yang diasaskan oleh Puan Hajjah Kiah Abdul Razak telah menjadi satu platfom latihan dan bimbingan yang bertujuan membangunkan usahawan yang pakar dalam rawatan terapeutik kesihatan diri melalui terapi urutan dengan menggunakan produk berasaskan GAMAT.
.
Hajjah Kiah, berpengalaman sebagai Life Turn Around Coach, selama lebih dari 20 tahun telah mendedikasikan dirinya untuk melatih individu dan menjadi mentor kepada mereka yang berminat menjadi usahawan yang berjaya selaras dengan Visi dan Misi Jari Emas.

Dengan slogannya Modern Living Traditional Healing, visi kami adalah untuk menjadi pelopor dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dengan menyediakan penyelesaian ekonomi dan sosial. Misi kami adalah untuk mewujudkan usahawan yang menguasai kehidupan yang seimbang melalui model pendidikan yang sistematik dan terkini selain berusaha untuk meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial demi insan sejagat.

Perkhidmatan Jari Emas telah mendekati hampir kesemua segmen masyarakat dan di setiap negeri di Malaysia. Dengan menggunakan Strategi Lautan Putih dan memberi tumpuan kepada pendekatan Kos Rendah Berimpak Tinggi, JE telah diiktiraf sebagai salah satu Penyedia Sistem Pendidikan Kesejahteraan dengan sistem yang telah terbukti berkesan, dalam menaik taraf segmen komuniti B40 kepada M40.

MISI
1. Kami adalah entiti bisnes dalam industri kesejahteraan.
2. Kami mendidik dan melatih usahawan menggunakan produk berasaskan gamat melalui teknik jari jemari.
3. Objektif kami mewujudkan usahawan yang menerajui kehidupan yang seimbang melalui modul pendidikan bersistematik dan terkini.
4. Kami komited memartabatkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan insan sejagat.

VISI
Ingin menjadi peneraju kepada solusi ekonomi dan sosial

NILAI-NILAI MURNI
K - KEBERSAMAAN
 I - ILMIAH
T - TANGGUNGJAWAB
A - ASPIRASI


CARA BERMULA CEMERLANG

Ada banyak cara untuk anda bermula. Ikut kemampuan anda. Apa yang admin hendak kongsikan di sini adalah cara permulaan yang cemerlang dan munasabah untuk memulakan perniagaan bermula dari rumah berkonsepkan SOHO (Small Office, Home Office).

Untuk anda memulakan perniagaan sebagai seorang Usahawan Sosial Tradisea di Akademi Jari Emas, anda hanya perlu bermula dengan RM50 sebagai daftar ejen dan selebihnya bergantung kepada tahap kemampuan kewangan anda untuk bermodal dan kuasa tindakan anda.


APAKAH KEUNTUNGAN SAYA?




Melalui perniagaan ini, anda berpeluang mendapat 5 JENIS KEUNTUNGAN :

1) Untung Servis melalui kemahiran terapi urutan sebagai Terapis Jari Emas

2) 
Untung Runcit (38 - 41%)

3) Untung Bonus Prestasi (Peribadi 10 - 45%)

4) Untung Bonus Overriding (10 - 45%)


5) Untung Komisyen Referral Program (TGT)

Banyak lagi insentif-insentif pakej peluang perniagaan yang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan perniagaan beserta ILMU, MENTOR & SISTEM untuk membantu membina perniagaan bermula dari rumah anda.


Macam Mana Nak Bermula?


LANGKAH PERTAMA anda hanya perlu daftar sebagai ejen secara atas talian melalui link pendaftaran ejen (klik sini)

Cara kedua, hubungi admin untuk mendapatkan jumlah harga daftar ejen dan nilai produk yang anda ingin bermodal untuk mencuba produk dan untuk diniagakan kepada coach.

Selepas bank in atau transfer ke akaun kami, pihak HQ akan poskan segera stok produk terus kepada anda.

Selepas pendaftaran, anda akan menerima SMS dari pihak HQ no ID anda dan link portal anda. Anda hanya perlu cuba login, tukar kata laluan dan update maklumat diri yang diperlukan dalam portal nanti.

Bagi pendaftaran manual, anda hanya perlu Whatsapp (klik sini) atau SMS (018-359 7495) kepada coach maklumat diri yang diperlukan untuk coach daftarkan keahlian terus. In Shaa Allah, selepas itu, kita akan buat perancangan bagaimana anda hendak memulakan langkah seterusnya sebagai seorang usahawan sosial TradiSea dengan mengikuti sistem pendidikan yang disediakan pihak Akademi Jari Emas.


Sistem Pendidikan Usahawan Sosial AJE

Sistem pendidikan dalam pembangunan usahawan yang sistematik telah disediakan oleh pihak syarikat dan dibantu pula dengan sistem sokongan daripada para pemimpin akan memberikan anda 1 platform untuk anda pelajari selok belok perniagaan dari A-Z serta menaikkan pembangunan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, keyakinan serta pengalaman yang berharga.

Ambil peluang keemasan ini kerana di sini anda berpeluang memberikan penyelesaian kepada banyak masalah yang wujud di kalangan masyarakat hari ini melalui produk-produk yang disediakan oleh pihak syarikat.

Produk-produk yang berkualiti tinggi, fungsi yang pelbagai dan harganya yang berpatutan seperti rangkaian produk kesihatan dan kecantikkan berasaskan Gamat saintifik kian popular dan diminati para pelanggan hari ini. Jika anda tidak mengambil peluang ini, orang lain yang akan mengambil peluang ini.

Yang paling penting, ikut kemampuan anda untuk bermula secepat mungkin. Jika anda perlukan apa-apa info boleh hubungi saya semula.


BERJUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!!



Sekian, terima kasih.


COACH MOHD ZARIMAN MANSOR
C.E.O
Zafas Success Resources (002341884-X)
018-359 7495

Comments

  1. bagaimana saya ingin memulakannya. Saya ingin mencuba. Saya telah menggunakan Feminine wash sudah lama.
    Boleh saya dapat info lebih lanjut. Whatsapp saya di 0193803762

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Hanis. Terima kasih kerana berminat untuk menjadi pengedar produk gamat keluaran Luxor. Saya telah pun whatsapp sis. Jika tidak terima msg blh whatsapp sy 018-3597495. Tq

      Delete
  2. cara dapat 5 jenis keuntungan??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)