Saturday, 17 September 2016

Bagaimana Orang Di Luar Sana Membina Hidup Mereka ?


Cuba kita lihat di luar sanabagaimana masyarakat membina hidup mereka. Ada yang bekerja dan juga berniaga. Bagi yang bekerja, rutin mereka bermula seawal pagi iaitu bangun pukul 5 pagi, bersiap untuk solat subuh dan bergegas keluar dari rumah ke tempat kerja secepat mungkin untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan ada sesetengahnya terpaksa singgah ke beberapa destinasi untuk menghantar anak kepada pengasuh dan kemudian menghantar isteri ke tempat kerja & terus ke tempat kerja sendiri.

Sesudah sampai di pejabat, mereka memulakan kerja sehinggalah pukul 5 petang dan ada yang kekadang sampai pukul 7 petang baru pulang dari pejabat. Kemudian, kelam kabut hendak sampai ke rumah. Bagi isteri yang bekerja terpaksa memasak untuk keluarga. Pukul 8 malam makan malam, pukul 9 malam berehat tengok TV atau TV 'tengok' mereka (tidur) sehinggalah pagi esoknya. Dan kemudian, rutin bermula lagi pukul 5 pagi keesokkannya. Mereka yang berniaga juga tidak jauh berbeza rutin mereka dengan mereka yang bekerja, malahan mereka bermula lagi awal dan pulang lebih lambat berbanding anda yang bekerja. PERSOALANNYA, BERAPA LAMA DAH HIDUP BEGINI ?? - 20-30 TAHUN !!

Adakah mereka ini sebenarnya enjoy dengan hidup sebegitu? Adakah ini sebenarnya gaya hidup yang kita hendak bina sebenarnya? Jika kita ada lagi 10 tahun untuk bekerja, adakah kita ingin melalui rutin harian di atas lagi 10 tahun ?? Tolong fikirkan tentang situasi ini... 

Mengapa Anda Bekerja ? Soalan yang bagus. "Saya tidak sempat bertanya soalan itu kepada diri sendiri semasa mula bekerja. Kenapa saya perlu mengetahui jawapannya ?" Ini sebahagian daripada jawapan yang diberikan oleh pekerja apabila ditanya soalan di atas. Ramai orang tidak pernah memikirkan kenapa anda memilih bekerja sebagai pekerja. Mari kita sama-sama merungkai persoalan ini.

PERKARA ASAS kenapa seseorang perlu bekerja adalah bagi mendapatkan  wang untuk menampung kos sara hidup yakni GAJI. Apa sebenarnya maksud GAJI ? Siapa yang membayar wang kepada anda? - MAJIKAN tentunya. Siapakah Majikan pada anda? Sebenarnya Majikan anda adalah 'PELANGGAN' anda. Anda memberikan khidmat terbaik kepada majikan anda, dan jika majikan anda berpuas hati dengan khidmat anda, maka dia akan membayar khidmat anda dalam bentuk wang gaji. Ada ketika anda mungkin akan kehilangan 'pelanggan' anda jika mereka tidak berpuas hati dengan khidmat anda. Dukacitanya, 'pelanggan' anda hanya ada seorang iaitu majikan anda sekarang.

TETAPI, majikan anda pula, siapa yang beri wang kepadanya ? Majikan anda juga sebenarnya memberi khidmat kepada pelanggannya, CUMA bezanya pelanggan majikan anda lebih RAMAI. Jadi sebenarnya yang dikatakan rezeki 9/10 itu datangnya dari pelanggan-pelanggan majikan anda dan baki lagi 1/10 sebenarnya untuk anda. Jadi, GAJI = DUIT dan DUIT sebenarnya adalah PELANGGAN. Jika anda inginkan rezeki 9/10 seperti majikan anda, anda juga perlu ada pelanggan yang ramai. PERSOALANNYA, bagaimana anda hendak mempunyai pelanggan yang ramai seperti majikan anda ?

Gerai Nasi Ayam...

Cuba imbas semula, pernah tak anda melihat sebuah gerai menjual nasi ayam (soal sedap atau tidak kita tolak ke tepi dahulu), ketika kita masih kecil hinggalah kita dewasa, gerai tersebut masih ada lagi di tempat yang sama, saiz kedai yang sama cuma mungkin orang yang melakukan bisnes tersebut disambung oleh anaknya ? Jadi, kalau difikirkan sejenak, apa yang menyebabkan gerai tersebut masih kekal hingga ke hari ini ? sebab adanya PELANGGAN. Pelanggannya mungkin sekitar 100-500 pelanggan yang datang ke gerainya setiap hari, asalkan ada pelanggan, ia tetap dibuka sehingga ke hari ini. Cuma mungkin pelanggannya terhad di kawasan sekitar gerainya sahaja.

Ayam KFC...

Bagaimana pula dengan Ayam KFC ? Apa bezanya Ayam KFC dengan gerai Nasi Ayam tadi ? Tolak ketepilah sebab ia sistem francais. Yang paling penting di sini, KFC memikirkan untuk memiliki pelanggan dari SELURUH DUNIA ! Jadi apa cara KFC mendapatkan pelanggan dari seluruh dunia ? KFC tidak perlu membuka restorannya sebesar Tesco atau Giant untuk menambah angka pelanggannya TETAPI apa yang dilakukannya adalah dengan membuka seberapa banyak outlet-outlet kecil restoran KFCnya merata tempat di seluruh dunia dan hasilnya, KFC memiliki pelanggan dari seluruh dunia. Di Malaysia sahaja KFC mempunyai  hampir 400 outlet. Katakan setiap outlet memiliki 1000 pelanggan dan setiap pelanggan hanya membelanjakan RM 20 sahaja. Jumlah jualan KFC seluruh Malaysia adalah sebanyak, 400 outlet x 1,000 pelanggan x RM 20 = RM 8 Juta !

Luar biasa bukan ? Seterusnya, jika anda sudah mula faham akan cerita di atas, sama ada anda setuju atau tidak, untuk membina asas pelanggan adalah dengan cara berniaga. Apa maksud bisnes sebenarnya ? Mudah sahaja. Sebagai contoh, jika anda perlukan baju, saya ada baju dan saya berikan pada anda dan apa yang anda beri pada saya? - DUIT. Kalau anda lapar, saya berikan kepada anda nasi berlauk dan anda berikan saya juga DUIT. Maksudnya, bisnes wujud bila ada keperluan dan jika kita penuhi keperluan tersebut, kita akan dapat duit. Semudah itu sahaja.

Tuesday, 13 September 2016

Adakah Kehidupan Ini Berdasarkan Takdir Allah atau Pilihan HambaNya

Hari ni apabila berkata tentang kehidupan, tidak ramai yang sering memperkatakan mengenainya apatah lagi berkaitan dengan kehidupan masing-masing. Kebiasaannya ada 2 kemungkinan : 1. Perkara yang positif atau 2. Perkara yang negatif. Percaya atau tidak, kehidupan kita dicorak melalui pengalaman silam samada pengalaman manis ataupun pahit yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini dan hidupnya sering 'dihantui'. Kadangkala ada yang berpendapat bahawa kehidupan ini begitu sukar. Benarkah begitu? Sukarnya itu di mana?

Adakah benar sebenarnya kehidupan kita ini telah ditentukan Allah atau dengan kata lain sudah takdir kehidupan begitu...betul ke? atau sebenarnya kita sendiri yang pilih kehidupan yang macam mana kita inginkan? kalau sebagai takdir, kenapa Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya." Ayat ini juga menunjukkan bahawa kehidupan kita ini bukan lah takdir yang ditentukan secara total tanpa boleh diubah.. Ubah di sini membawa maksud kepada PERUBAHAN PEMIKIRAN..cara kita berfikir yang sebenarnya perlu kita ubah terlebih dahulu barulah datangnya perubahan dari segi fizikal. Cara kita berfikir yang mencorak kehidupan kita dikemudian hari... jika setiap hari pemikiran kita terlalu banyak menjurus ke arah perkara yang negatif maka itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita dan mungkin akan terus menghantui hidup kita. Justeru, BERTINDAK lah berdasarkan PENGAJARAN MASA SILAM dan PERANCANGAN UNTUK MASA HADAPAN yang lebih baik dan diberkati ALLAH S.W.T..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...