Thursday, 16 July 2015

[ Tekanan Darah Tinggi ]



Tekanan Darah Tinggi (atau ‘high blood pressure/ hypertension') merupakan satu penyakit yang sentiasa kita dengari dalam masyarakat kita, tidak kisah di Malaysia atau di mana juai. Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat dilihat komplikasinya setelah bertahun-tahun kita menghidapnya secara senyap. Penyakit ini sangat berbahaya kerana dapat merosakkan saluran darah kita dan organ dalaman.

Kenapa doktor selalu menasihati agar sentiasa membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala? Kerana penyakit ini tidak kita ketahui selagi kita tidak membuat pemeriksaan tekanan darah di pusat kesihatan. Secara normalnya, tekanan darah kita ialah 120/80 mmHg, (bacaan yg selalunya dibuat oleh pemeriksa kesihatan).

Sekiranya tekanan darah itu lebih daripada 140/90 mmHg, ianya akan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Apakah yang menyebabkan penyakit ini berbahaya kerana penyakit ini akan merosakkan kebanyakkan sistem dalam badan kita kerana organ-organ dalam badan kita tidak dapat menampung tekanan yang dibawa oleh darah di dalam saluran darah yang berfungsi untuk membekalkan oksigen dan sebagainya.

Punca tekanan darah boleh meninggi?

 Merokok

 Obesiti

 Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan

 Kurang bersenam

 Stres

 Alkoholik

 Berumur (salur darah kurang fleksibel dalam membawa tekanan darah)

 Genetik

 Keluarga terdekat mempunyai sejarah tekanan darah tinggi

 Buah pinggang berpenyakit

 Masalah adrenal atau thyroid


Komplikasi Jangka Panjang

 Saluran Darah Arteri menjadi rosak dan akan menyebabkan menyebabkan salur darah akan tersekat.

 Aneurisme (aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan berisiko menyebabkan salur darah pecah.

 Penyakit Jantung. 

 Strok.

 Masalah Buah Pinggang.

 Sindrom Metabolik Badan, dipercayai bahawa salah satu punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang berlaku. Penyakit ini adalah satu kumpulan tanda iaitu : Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi, kurang HDL, insulin dalam darah tinggi dan diameter pinggang melebihi kadar yang sepatutnya. Tanda-tanda ini akan menyebabkan strok, kencing manis dan sakit jantung.


Rawatan dan Pencegahan

Menjaga tabiat pemakanan terutama pengambilan makanan berlemak & berkolesterol tinggi.

Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya darah anda menjadi lebih cair dan membantu anda turunkan berat badan jika tidak berlebihan.

Kombinasi Jeli Gamat GOLD & Krill Omega Plus boleh membantu anda mengawal tekanan darah pada paras normal dengan mengembangkan saluran darah anda supaya darah dapat mengalir lancar.

Selain itu, Jeli Gamat GOLD akan membantu menguatkan semula organ-organ anda terutama jantung agar ia dapat menjalankan fungsi-fungsinya dengan lancar dan berkesan.

Mukopolisakarida yang terdapat dalam Jeli Gamat GOLD bertindak seperti fungsi Heparin yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan yang bertindak memastikan tiada penggumpalan platlet berlaku dalam darah yang boleh menyebabkan darah beku.

Krill Omega Plus yang kaya dengan kandungan Omega-3 membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan menaikkan semula kolesterol yang baik (HDL). Selain itu, ia memelihara kesihatan jantung anda seterusnya mencegah anda daripada strok.


Whatsapp 018-3597495

Tuesday, 14 July 2015

[ Alahan Kulit ]


Alahan merupakan tindakbalas hypersensitivity badan yang disebabkan system keimunan yang lemah yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam) / ekzema, hidung (resdung) / allergicrhinitis, mata (gatal mata) / allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak) / allergic pharyngitis.

Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan (protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia seperti bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dan lain-lain. Faktor di atas perlulah dielakkan.


Bagaimana Produk Luxor Legend Dapat Membantu :

Jeli Gamat GOLD mengandungi bahan yang berbentuk seperti anti-histamina yang boleh mengurangkan gatal. Di samping itu, ia boleh mengurangkan radang dan masalah hypersensitiviti pada kulit.

Di samping kaya dengan kolagen, gamat membantu melegakan ruam dan mempercepatkan pertumbuhan tisu kulit yang baru.

Extar C Plus membantu meningkatkan system keimunan badan dan ini dapat mengurangkan tindakbalas hypersensitivity badan terhadap penyebab kepada berlakunya alahan.

Cara Pengambilan :

Jeli Gamat GOLD – 1 sudu pagi & 1 sudu malam.

Extar C Plus – 1 biji pagi & 1 biji malam.

Krim Gamat GOLD / Gel Gamat GOLD disapu pada ruam kulit gatal & berair.

Buih Mandian Badan Gamat untuk mandian badan.

Losyen Tangan & Badan Gamat disapu pada kulit yang kering.


 


Whatsapp 018-3597495

Friday, 10 July 2015

[ Bebaskan Diri Daripada Gout ]



Gout sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendir dan tumbuhnya Gout Tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tetapi berkekalan).

Kesan Jangka Panjang :

1) Terjadinya batu karang pada buah pinggang.

2) Risiko sakit jantung juga meningkat.

Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Elakkan makanan laut, organ dalaman, daging merah, sayuran seperti kekacang dan kobis, ikan seperti ikan sardin dan bilis serta juga tapai. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah batu karang.

Cadangan Produk Yang Sesuai :

1) Jeli Gamat GOLD – Mempunyai bahan penahan sakit dan anti keradangan yang berupaya membantu melegakan kesakitan. Ia meningkatkan pengaliran darah pada buah pinggang dan membantu mengeluarkan asid urik dan melawaskan. Harus diingatkan kadangkala berlaku kesan tindakbalas proses penyembuhan semulajadi yang menyebabkan sakit sendi tapi selalunya hanya sementara selama 2 atau 3 hari sahaja. Teruskan dan jangan berhenti. Cara makan 1 sudu pagi dan malam.

2) Spirulina Pacifica – Untuk kelegaan dan penyembuhan yang lebih cepat, amalkan juga Spirulina Pacifica kerana ia 100% beralkali jadi ia dapat meneutralkan semula asid berlebihan – Cara makan 5 biji pagi dan malam.

3) Minyak Urut Gamat – Juga boleh disapu pada bahagian yang sakit tetapi jangan diurut.

4) Gel Gamat GOLD – Juga boleh melegakan bahagian yang sakit.



Whatsapp je Cikgu Man ye 018-3597495

Wednesday, 8 July 2015

[ Gastrik & Cara Atasi ]




Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, nafas pendek, pening, loya dan letih tak bermaya.

Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stres, berhenti merokok, pantang makanan pedas-masam. Berempah dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, Nescafe dan coke / minuman bergas jika tidak gastritis minuman/ (disebabkan oleh pendarahan).

Ini memerlukan rawatan segera dari doctor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doctor.

Cadangan Produk :

1) Jeli Gamat GOLD – Membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster (dinding perut). Cara makan 1 sudu pagi dan malam.

2) Spirulina Pacifica - 100% beralkali jadi ia dapat meneutralkan semula asid berlebihan – Cara makan 5 biji pagi dan malam.

3) Extar C Plus - Mempunyai pH neutral amat sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah gastrik. – Cara makan 1 sebiji sehari.


Whatsapp Cikgu Man ye 018-3597495
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...