Gamat Kurangkan Serangan MIGRAIN


Anda penghidap migrain? Migrain lebih kerap terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Sesetengah penghidap mempunyai tanda-tanda awal sebelum diserang migrain seperti melihat cahaya berkelip-kelip, garisan zigzag ataupun ada juga yang mengalami penglihatan kabur buat sementara. Sakit migrain selalunya berdenyut-denyut dan sering kali terjadi hanya melibatkan sebelah kepala. Keadaan yang teruk mungkin membawa kepada rasa loya dan muntah.

Pakar perubatan mempercayai bahawa migrain berlaku akibat penyempitan pada saluran darah di kepala. Bahkan juga berkait rapat dengan faktor gen yang mengawalatur aktiviti sel-sel otak.


Bagi anda yang kerap diserang migrain, buat DIARI MIGRAIN. Ini kerana sedikit sebanyak membantu anda bagi mengenalpasti punca migrain, seterusnya dapat menghindari serangan migrain tersebut. Catat di dalam diari anda segala apa yang anda lakukan, makan, aktiviti, suhu dan sebagainya yang berlaku sebelum serangan migrain anda.

Berikut disenaraikan 10 faktor-faktor penyebab migrain yang dikenalpasti :

Makanan - Kenalpasti beberapa jenis makanan yang anda mungkin sensitif terhadapnya. Baca label yang tertera pada bungkusan makanan agar anda tahu kandungannya. Antara makanan yang boleh mencetuskan serangan migrain ialah seperti: Pisang, buah pala, kismis, produk tenusu (keju, aiskrim, krim, susu, yoghurt), jeruk, buah citrus, betik, plum, kicap, perasa makanan (MSG), avokado, coklat, kacang, mentega kacang, bawang, kacang peas, daging proses yang mengandungi nitrit, saccharin/aspartame (diet soda), belacan, kentang yang diproses, makanan mengandungi ragi (donut, roti) dan sebagainya.

Kafein - Minuman atau makanan yang mengandungi kafein boleh mencetuskan migrain akan tetapi bagi sesetengah individu juga ia boleh mengatasi migrain. Ini bergantung kepada keserasian. Kafein terkandung di dalam kopi, minuman soda (cola), teh, coklat, minuman tenaga dan suplemen makanan bagi melangsingkan badan.

Stress dan perubahan emosi - Tekanan, marah, kemurungan dapat menyebabkan migrain. Kaedah mengatasi stress amat penting untuk dipelajari bagi mengawal serangan migrain.

Rangsangan deria berlebihan - Rangsangan deria yang melampau seperti bau minyak wangi, bau rokok, bau cat atau thinner, ammonia dan bau masakan juga boleh menyebabkan migrain. Lampu terang yang berkelip, sinar matahari yang terik atau pergerakan (seperti dalam kereta atau keretapi) juga boleh menyebabkan migrain. Sediakan kaca mata hitam untk digunakan di waktu cahaya terik dan mengelakkan dari mengikuti jalan yang berliku boleh juga membantu.

Masalah tidur - Terlalu banyak atau kurang tidur termasuk tidur yang terganggu dapat menyebabkan migrain. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang mencukupi (6 hingga 8 jam).

Perubahan suhu dan ketinggian - Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak seperti hujan yang tiba-tiba boleh menyebabkan migrain. Berada pada paras ketinggian yang tinggi juga boleh mengakibatkan migrain seperti ketika mendaki gunung.

Faktor fizikal - Aktiviti yang berlebihan seperti senaman terlampau termasuklah mengangkat benda yang berat boleh menyebabkan migrain. Makan makanan yang tinggi serat (sayuran/buahan) bagi mengelakkan sembelit.

Lapar - Keadaan terlalu lapar atau hypoglycemia (kandungan gula yang rendah dalam darah) boleh mengakibatkan migrain. Sentisa makan on-time tetapi janganlah makan terlalu banyak pula.

Perubahan hormon - Migrain boleh menyerang ketika wanita mengalami haid atau putus haid. Ini disebabkan oleh perubahan tahap hormon di dalam badan. Pil perancang keluarga juga merupakan punca penyebab.

Kesan sampingan ubatan - Ubat yang bertindak mengembangkan salur darah seperti hydralazine dan nifedipine (ubat darah tinggi). Ubatan lain adalah seperti cimetidine (untuk gastrik), fenfluramine (ubat diet), indomethacin (ubat sakit sendi), nitroglycerine (ubat jantung), theophylline (ubat asthma), estrogen (HRT dan pil perancang keluarga). Berbincanglah dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat yang serasi dengan anda.

Ubat-ubatan boleh membantu mencegah terjadinya migrain serta mengurangkan kesakitan migrain. Tetapi dinasihatkan bahawa jangan terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ianya mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan (gastrik, ulser perut, kerosakan buah pinggang) jika diambil terlalu kerap. Kebanyakan penghidap migrain mendapati terapi stress turut boleh membantu mencegah migrain


ALTERNATIF SEMULAJADI

Kombinasi Jelly Gamat GOLD & Krill Omega Plus membantu mengatasi penyempitan saluran darah di kepala yang dipercayai punca kepada migrain. Ia bertindak dengan cara melebarkan salur darah dan sekaligus melancarkan perjalanan darah ke otak. Gamat juga didapati mengandungi bahan penahan sakit secara semulajadi yang mempu mengurangkan rasa sakit pada kepala. Selain itu, Krill Omega Plus yang kaya dengan kepadatan Omega-3 yang tinggi serta Astaxantin yang tinggi dapat menguatkan memori, mengurangkan rasa stres serta meningkatkan kuasa fokus.

Pengambilan konsisten secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko serangan migrain. Dalam masa yang sama, kenalpasti dan elakkan faktor pencetus migrain.


Whatsapp admin untuk info lanjut 018-3597495

Comments

  1. Assalamualaikum..mungkin terkeluar tajuk sikit.soalan sy, bulan lepas sy menjalani pembedahan buang rahim di sebabkan fibroid.hr ni dh masuk minggu ke 3. Tp dua hr lepas sy rasa perut sy mcm bengkak sikit dan kencing terasa sakit.sy agak mungkin air kurang jd hr ni sy minum byk air.kencing dh tak sakit tp ada tompok gelap ( vagina discharge).bolehkah masalah sy ini di atasi dgn mengambil jeli gamat gold?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Jeli Gamat GOLD mempunyai elemen pengecutan rahim yg sgt bkesan. Jd, ia membantu pembersihan darah dari dalam bahagian rahim dapat berlaku dengan lebih baik. Ia juga sangat membantu mengeringkan bahagian luka dalaman kesan pbedahan. Puan boleh makan 2 sudu pg dan 2 sudu malam sehingga puan tidak mengalami masalah yang sama then puan boleh makan 1 sudu pg dan 1 sudu mlm.

      Dalam masa yang sama, ingin sy mencadangkan puan untuk mengamalkan krill omega plus untuk keseimbangan hormon puan sebab kilang utama penghasilan hormon dah tiada jadi puan perlu mengambil pil hormon. Krill omega plus sgt bkesan dan sgt sesuai untuk wanita. Puan boleh hubungi sy di 018-3597495. Wallahualam.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)