Kajian Tentang Manfaat Gamat & Kanser


Pada tahun 2011, para penyelidik di Pusat Kanser Robert H. Lurie di Chicago mengkaji kesan ekstrak gamat pada sel-sel kanser pankreas manusia.

Mereka mendapati bahawa gamat dapat menghentikan sel-sel kanser daripada merebak dan ia sebenarnya mengaktifkan program apoptosis (Kematian Sel*) - sel-sel kanser telah mati dalam tempoh lima minit kesan pendedahan kepada ekstrak gamat!

Ini menyebabkan para penyelidik mengesyorkan penggunaan ekstrak gamat dalam rawatan dan pencegahan kanser pankreas.

Sejak itu, kajian secara in-vitro telah menunjukkan bahawa asid lemak dan yang berkaitan dengannya yang terdapat dalam gamat dapat menghalang sifat metastasis* dan mencegah pembentukan tumor baru, menghalang tumor daripada mewujudkan saluran darah baru untuk membekalkan makanan kepada diri sendiri, DAN mendorong program apoptosis (Kematian Sel) pada kadar yang sangat tinggi.

Selain itu, gamat menunjukkan keupayaan untuk mengaktifkan sel-sel pembunuh yang dihasilkan sistem imun untuk menyerang sel-sel kanser payudara. Oleh kerana ini adalah tindak balas imun, gamat mungkin berkesan dalam rawatan untuk semua jenis kanser.

Kajian pada gamat sebelum ini telah mengesahkan keupayaannya untuk membunuh sel-sel kanser payudara, paru-paru, kulit, kolon, prostat, hati dan pankreas. 

Frondoside A, salah satu komponen dalam gamat, dipercayai menjadi komponen utama yang menjadi kunci kekuatan dalam pertempuran melawan kanser. Dalam kajian baru-baru ini, ia telah menunjukkan bahawa frondoside A "boleh membunuh 95 % daripada ER+ sel-sel kanser payudara, 95 % daripada sel-sel kanser hati, 90 % daripada sel-sel melanoma, dan 85-88 % daripada tiga jenis kanser paru-paru." Beberapa kajian telah pun menunjukkan frondoside A berkesan sebagai "kemoterapi" tetapi TANPA APA-APA KESAN SAMPINGAN.

Ekstrak gamat boleh dibeli sebagai diet suplemen di kedai-kedai makanan kesihatan dan di pasar-pasar orang Asia. Ia boleh menjadi ramuan tunggal dalam pemakanan tambahan atau diformulasikan dengan campuran bahan-bahan yang lain. Ekstrak cecair sering digunakan sebagai sebahagian daripada formulasi campuran, tetapi tablet yang terdiri daripada serbuk gamat kering yang dipadatkan secara umumnya juga boleh didapati.

Nota : Jangan ambil gamat dalam apa jua bentuk (kecuali yang telah diproses secara saintifik) jika anda mempunyai alahan kepada makanan laut, atau jika anda mengambil antikoagulan kerana ia boleh bertindak sebagai pencair darah.


Mengapa Gamat Mungkin Menjadi Pemenang Dalam Peperangan Menentang Kanser ?


Pada pandangan pertama gamat kelihatan sama sekali "tidak bersenjata". Walau bagaimanapun, apabila mereka rasa terancam, mereka boleh mengecutkan tubuh mereka, dan menjadikan bahagian dalam diri mereka, keluar membuang sebahagian besar perut mereka termasuk organ-organ dan usus. Organ-organnya mengandungi bahan toksik yang boleh membawa maut kepada ikan dan makhluk laut yang lain. Apa yang menakjubkan gamat kemudiannya dapat menjana semula organ-organ yang diusir dan bahagian-bahagian badan lain dalam masa beberapa bulan. Kuasa regeneratif inilah yang mungkin dapat membuat gamat menjadi pemenang dalam memerangi kanser.



Definisi Istilah :

*Kematian Sel - Keadaan biologi sel yang berhenti menjalankan fungsinya. Ini mungkin hasil daripada proses semula jadi sel-sel lama mati dan digantikan dengan yang baru , atau mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti penyakit, kecederaan setempat, atau kematian organisma di mana sel-sel adalah sebahagiannya.

* Metastasis - Sel kanser yang merebak ke bahagian badan yang lain melalui darah atau saluran limfa atau permukaan membran.


PM admin 018-359 7495

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)