Mengapa Saya Menghasut Anda Jadi Usahawan?




Ada banyak faktor kenapa saya tak segan silu menghasut rakan-rakan diluar sana agar berubah jadi usahawan. Antaranya adalah :

1. Menjadi usahawan merupakan satu kerja yang mulia. Ramai yang tahu tentang maklumat 9 dari sumber rezeki adalah dari berniaga. Bila berubah jadi usahawan anda perlu banyak bergantung pada Tuhan secara sedar. Hanya itu tempat terbaik paling tinggi sebagai tempat pergantungan.

2. Ramai usahawan membuatkan bangsa kita kuat. Dunia sekarang bergantung bnayak pada kekuatan ekonomi sebagai penentu kekuatan. Negara yang maju dan kuat biasanya punyai ramai usahawan. Ekonomi negara juga akan kuat bila ramai orang jadi usahawan.

3. Menjadi usahawan banyak membantu jika mahu hidup ringkas. Berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.

4. Menjadi usahawan membuatkan anda menyediakan peluang pekerjaan. Jika anda makan gaji, anda banyak menyumbang hanya pada majikan. Jika jadi usahawan anda banyak menyumbang pada ramai pekerja.

5. Lagi ramai usahawan, lebih banyak peluang untuk saya berbakti. Bila dah masuk umur lanjut sebegini, saya lebih banyak impikan untuk meninggalkan sumbangan. Nak jadi ustazah atau ulama saya dah jauh ketinggalan. Oleh kerana saya sendiri seorang usahawan, maka lebih bijak sumbangan itu disalurkan pada para usahawan.

Oleh itu jika anda nak berubah jadi usahawan mula senaraikan semua rasa tidak selesa anda satu persatu. Apakah ketidak selesaan anda sekarang sebagai seorang yang makan gaji?. Lihat senarai itu dan ulang baca sampai jelas.

Cuba bayangkan bagaimana dapat anda lari dari rasa tidak selesa itu dengan berubah jadi usahawan. Hanya itu saja cara terbaik untuk berubah jadi usahawan.

Lupakan semua perkara lain, selain dari nekad untuk keluar dari rasa tidak selesa anda sekarang menuju kepada keselesaan yang menanti di masa hadapan. Insya Allah jika panjang umur, diizinkan Tuhan, anda akan sampai.

- Dato Dr Maznah Hamid -

Minat Bisnes?? ---->>> Hubungi 018-3597495

Fb Pages : House Of Gamat GOLD

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)