Tuesday, 15 October 2013

Makan Jeli Gamat GOLD Ada TINDAK BALAS Tak??



Salam semua. Hari ni admin kongsikan persoalan yang sering dialami mereka yang mengamalkan produk Jeli Gamat GOLD dan juga produk-produk lain. Bukanlah semua yang merasai pengalaman ini. Antara 10 orang yang mengamalkan Jeli Gamat GOLD, hanya seorang dua sahaja yang akan mengalami respon positif.

Fungsi gamat yang sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mempunyai khasiat ubat tradisi yang boleh merawat dan mencegah. Gamat juga bertindak seperti "mesin MRI". Hari pertama anda makan Jeli Gamat GOLD, gamat akan "scan" dari hujung rambut ke hujung kaki. Hari Ke-3, Gamat akan kesan masalah-masalah dalam badan yang perlu dirawat segera atau perlu diambil tindakan segera oleh empunya diri.:) Sebab tu, anda akan rasa tindak balas. Admin lebih suka mengunakan perkataan "Respon Positif" badan terhadap gamat. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang telah berlaku dalam badan anda untuk langkah pencegahan awal. DAN jika badan anda sihat, sebenarnya anda tidak akan merasai respon-respon positif ini.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik yang admin kongsikan dari orang lain untuk manfaat kita bersama:) Selamat Membaca!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin :

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA : Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan Gel Gamat GOLD pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) SAKIT SENDI

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI & LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share
http://www.facebook.com/JeliGamatGold

Nasi Impit Moden atau Ketupat Daun Palas?



Alhamdulillah, semalam kita telah pun menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Aktiviti melapah lembu menjadi aktiviti yang paling tidak dapat dilupakan. Begitu juga juadah yang disediakan sungguh menyelerakan mengikut kepakaran masing-masing samada juadah tradisional mahupun moden.

Admin nak kongsikan sedikit info buat renungan kita bersama. Kalau dulu kita buat nasi impit atau ketupat sumbat dalam daun palas, kini pakai plastik polythene (PET) dan humban ke dalam air yang panas mendidih. Suhu tinggi ini akan mempercepatkan tindakbalas terhadap plastik lalu menghasilkan bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kanser. Kita makan tanpa mahu memikirkan bagaimana ia dimasak dan kesannya kepada kesihatan kita.

Jika anda lihat, plastik tersebut juga turut mengalami perubahan fizikal. Ia didapati semakin kembang berbeza dari keadaan asalnya. Malah perubahan dari segi warna juga berlaku. Sebelum dipanaskan, ia transparen, selepas dipanaskan, ia menjadi semi transparen. Inilah kesan 'kemajuan' dalam industri penghasilan makanan. Percayalah nanti akan ada pihak mengeluarkan kenyataan mereka tidak menggunakan plastik PET. Tetapi hakikatnya, anda perlu tahu bahawa apa jua jenis plastik pun, asalnya adalah daripada bahan petroleum dan campuran bahan kimia. Ia tetap menghasilkan bahan sampingan merbahaya apabila mengalami suhu panas.

Jadi apakah pilihan anda? Moh lah kita belajar anyam ketupat beramai-ramai ye..admin pun belajar juga dengan ibu mentua..macam-macam bentuk dapat..hehe

Satu lagi jangan lupa telan Jeli Gamat GOLD & Spirulina Pacifica supaya memelihara kesihatan kita & menyingkirkan semula bahan-bahan kimia yang termasuk ke dalam badan kita sepanjang musim ibadah korban dan juga hari-hari selepas itu. Penyakit datang tidak beri salam. Ia ibarat bom jangka yang hanya menanti masa untuk meletup..Takut-takut bila dah meletup, keadaan terlalu "parah"..Jadi, eloklah mencegah daripada awal dengan telan dulu 1 sudu Jeli Gamat GOLD & 5 biji Spirulina Pacifica. Hanya yang terbaik untuk anda.







Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share

Monday, 14 October 2013

Macam Mana GASTRIK Terjadi?



Dalam bahasa mudah untuk difahami, masalah gastrik terjadi disebabkan lapisan bendalir yang bertindak sebagai buffer atau pemisah antara dinding perut dengan kawasan berasid dalam perut
telah menipis dan seterusnya menyebabkan permukaan dinding perut terhakis. Bagi keadaan yang lebih serius ia boleh menjadi ke tahap ulser disebabkan dinding perut luka.

DAN paling menakutkan dikhuatiri ia boleh menjadi kanser perut. Keadaan ini akan berlaku dengan lebih cepat apabila keasidan dalam badan terlalu tinggi. Ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.

Bagaimana Jeli Gamat GOLD & Spirulina Pacifica Remedi Terbaik Untuk Mengatasi Gastrik?

Jeli Gamat Gold dapat membantu untuk masalah gastrik. Ia berfungsi untuk membina semula lapisan bendalir yang memisahkan antara dinding perut dengan kawasan berasid dalam perut serta memulih sel dinding perut yang telah terhakis, dan mungkin mengalami luka serta pendarahan. 

Spirulina Pacifica pula yang bersifat alkali membantu untuk menstabilkan kembali keasidan di dalam perut supaya masalah gastrik dapat diatasi. Selain itu, ia membekalkan kita 46 daripada 50 zat yang diperlukan sel badan kita setiap hari.

Atasi hari ini kerana Gastrik juga boleh menjadi satu penyakit merbahaya. Bagi mereka yang mempunyai jadual pemakanan harian yang tidak teratur, Amalkan jeli Gamat Gold dan Spirulina Pacifica supaya anda dijauhi daripada Gastrik.



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD
http://www.facebook.com/JeliGamatGold

Makan Gamat Rasa PANASSS??



Tahniah!! jika anda telah pun mendapat pengalaman pertama setelah mengamalkan Jeli Gamat GOLD. Ketahuilah bahawa anda telah membuat keputusan tepat dengan memilih Jeli Gamat GOLD sebagai suplemen atau remedi semulajadi untuk kesihatan anda. 

Hari ini admin hendak kongsikan satu lagi pernyataan yang sering dilontarkan kepada admin:) iaitu - "GAMAT PANAS". Ini juga adalah salah faham yang sering berlaku apabila anda mengamalkan gamat. Sebenarnya gamat mengandungi mineral-mineral penting yang bertindak merangsang kadar metabolisma badan. Maksudnya, jika kadar metabolisma anda terlalu rendah, Gamat merangsang menaikkan kadar metabolisma badan. Jika terlalu tinggi, ia menormalkan kadar yang sesuai dengan badan anda.

Tahukah kita bahawa kadar metabolisma bagi setiap individu adalah berbeza? Pernahkah kita terfikir tentang mereka yang kurus dan kuat makan tetap kekal kurus, manakala mereka yang hanya makan sekali sehari mengalami masalah pertambahan berat badan. Antara faktor berlaku sedemikian adalah disebabkan oleh kadar metabolisma setiap individu itu tersebut.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Metabolisma?

Metabolisma adalah satu proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Metabolisme ini membabitkan tiga perkara asas, PERTAMA adalah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian bagi membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. KEDUAnya adalah pencernaan dan penyerapan makanan. Dan yang KETIGA adalah aktiviti fizikal harian.

Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisma yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama.



Antara faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah UMUR. Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun.

Kedua, JANTINA, lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih.

Ketiga, KETURUNAN. Mungkin ada antara kita yang mewarisi genetik rendah metabolisme daripada generasi sebelumnya.

Keempat masalah TIROID, mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif), Hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif)

Jadi Kenapa Makan Gamat Rasa Panas??

Biasanya apabila proses metabolisma berlaku terutama ketika bersenam atau melakukan banyak aktiviti. Bila kalori atau dalam bahasa mudah LEMAK & MAKANAN DALAM BADAN dibakar, ia menaikkan suhu badan kerana peredaran darah mula lancar dan memenuhi bahagian-bahagian badan yang mempunyai saluran darah yang halus. Darah kita adalah kategori berdarah panas jadi apabila kita makan gamat, gamat akan bakar lemak dalam badan dan peredaran darah pun mula lancar. Sebab itu, kita akan merasa badan panas seperti keadaan selepas kita bersenam. Bukankah itu petanda bagus bahawa badan kita sihat dan yang pastinya kita masih "HIDUP"..Hanya mayat sahaja berdarah sejuk:)

Justeru, apa yang boleh kita lakukan, kita perlu meminum 8 gelas air kosong atau lebih supaya suhu badan menurun dan proses metabolisma badan berlaku dengan lancar.


Moga dengan penerangan ini dapat menjelaskan serba sedikit feedback mereka yang makan gamat atau mengeluarkan kenyataan bahawa "MAKAN GAMAT = PANAS"




Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Thursday, 10 October 2013

[ Salah Faham Gamat Menyebabkan Sel Kanser Membiak? ]


Alhamdulillah, setelah hampir 16 tahun Produk Gamat GOLD Luxor yang dahulunya dikenali dengan Jeli Gamat Serigama kembali menjadi sebutan ramai orang di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak di atas kuasa penyembuhan semulajadi yang terdapat pada gamat. Bermacam cerita dan testimoni yang direkodkan samada yang telah dibuktikan secara saintifik atau pun melalui pengalaman mereka yang telah mencubanya.. Masing-masing punya badan, sendiri rasa kenikmatannya.

Cuma, admin mendapat persoalan yang mengatakan bahawa GAMAT punca sel kanser membiak berdasarkan kepada kefahaman bahawa gamat merangsang pertumbuhan sel baru jadi kepada mereka yang mengidap kanser, keadaan akan menjadi lagi teruk. Ada juga yang mendakwa gamat penyebab pengidap kanser.

-----------------------------------------------------------------------------

Pernyataan di atas sebenarnya adalah salah faham tentang manfaat gamat & punca kanser. Admin sendiri merujuk kepada beberapa orang doktor mengikut kepakaran masing-masing dan juga berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh pakar saintis gamat tempatan iaitu Prof Ridzuan Hashim. Di sini admin serta sedikit beberapa artikel yang berkaitan kepada punca kanser

# Pertama ; Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.

[sumber majalah i-sihat]

Juga artikel terbaru bertarikh 7/7/2013 dalam utusan online menceritakan punca kanser dari sudut pandangan seorang pakar perubatan Islam yang mengaitkan Stres & kanser. Klik link di bawah :


# Kedua ; Pandangan seorang doktor perubatan di salah sebuah Hospital Swasta di Pulau Pinang yang mengatakan bahawa antara punca kenapa kanser makin cepat terjadi adalah disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan dalam pemakanan kita seharian. Contohnya seperti bahan pengawet, penambah perisa dan sebagainya.

# Ketiga ; Sebenarnya, di perairan Malaysia terdapat 43 jenis spesies gamat dan mengikut kajian hanya 4 jenis yang biasa digunakan untuk pemakanan atau sebagai ubat tradisi. Admin tidak pasti bagaimana dengan spesies gamat lain yang digunakan di dalam penghasilan produk mereka.



Tetapi yang pasti menurut Prof Ridzuan Hashim (Bapa Gamat Malaysia), spesies Gamat Emas atau Stichopus hermanii (namun pada thaun 2012, Prof telah menamakan semula spesies Gamat Emas dengan nama Stichopus horrens. Yang penting spesies tersebut adalah Gamat Emas) merupakan spesies yang paling tinggi nilai khasiat perubatan, selamat dan berkualiti tinggi DAN berdasarkan kajian terkini yang beliau telah lakukan, gamat emas mempunyai keputusan yang sangat positif terhadap sel kanser paru-paru, kanser serviks / rahim & kanser payudara.

Bagaimana dengan kanser lain pula?

Menurut Prof, kajian terhadap sel kanser melibatkan kos kajian yang sangat mahal dan setakat ini kajian awal yang beliau lakukan hanya melibatkan 3 jenis sel kanser yang merupakan antara kanser utama penyebab kematian di Malaysia. Mungkin selepas ini, jika peruntukkan yang mencukupi, akan ada kajian-kajian menyusul terhadap sel-sel kanser yang lain pula. In Shaa Allah.

# Keempat ; Gamat mempunyai khasiat Sebatian Bio-Aktif yang berfungsi untuk memulihkan dan meremajakan sel-sel serta membantu mencegah tumor dengan merencatkan aktiviti sel kanser & menguatkan semula sel-sel yang sihat DAN menguatkan semula sistem pertahanan badan.

# Kelima ; Terdapat juga kajian-kajian yang telah dijalankan secara saintifik di luar negara akan keberkesanan Gamat sebagai pembunuh kanser. (Klik pada link di bawah)

http://www.undergroundhealth.com/sea-cucumber-kills-cancer-cells/
http://www.naturalnews.com/042506_sea_cucumber_breast_cancer_cells_lung_tumors.html#

Sebab itu, produk Jeli Gamat GOLD luxor diperkenalkan dalam bentuk yang PALING ASLI (semulajadi), TULEN tanpa sebarang campuran dan jangka hayat produk dihadkan pada 12 bulan sahaja.

Bagi membantu dalam meningkatkan kesihatan pesakit kanser, disyorkan amalkan Jeli Gamat GOLD bersama dengan Spirulina Pacifica yang mengandungi pigmen anti-kanser semulajadi, Extar C Plus dalam mengandakan 4 kali ganda fungsi antibodi pesakit dalam melawan penyakit kanser dan Krill Omega Plus untuk seimbangkan fungsi horman serta bertindak sebagai anti-pengoksidaan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel yang sihat.

Kombinasi keempat-empat komponen ini diletakkan dalam satu set pakej iaitu set Excel Pack PCN yang merupakan penyelesaian menyeluruh & ini sangat penting terutama pesakit kanser dalam membantu untuk melawan penyakit ini..Kita berusaha selebihnya mohonlah kepada Allah untuk menyembuhkan pesakit. 

Moga penerangan ini dapat melegakan hati anda yang masih risau memikirkan hal ini. Jika berlaku sesuatu kepada mereka yang makan produk Jeli Gamat GOLD penyebab utama kanser, sejak 15 tahun yang lalu pihak syarikat sudah disenaraihitamkan dan juga ramai yang telah mengidap kanser. Tapi Alhamdulillah, produk ini masih bertahan di dalam pasaran Mlalaysia, Indonesia dan Brunei sejak 1998 malah telah memasuki pasaran negara jiran seperti Singapore yang  terkenal dengan syarat pengawalan yang begitu ketat terhadap sebarang produk yang hendak dibawa masuk ke Singapore.

Kesimpulannya, pastikan anda mendapatkan Produk Jeli Gamat GOLD Luxor keluaran syarikat Luxor Network Sdn Bhd sahaja kerana hanya produk gamat keluaran syarikat Luxor Network Sdn Bhd sahaja yang menggunakan 100% pati gamat emas tulen.

DAN pastikan juga anda hanya mendapatkan produk ini dengan pengedar yang berdaftar sahaja. Pengalaman admin sendiri sejak 2005 mula berkecimpung dalam industri ini, setakat ini tidak pernah mengecewakan. Segalanya dengan izin Allah di atas anugerah yang DIA berikan kepada manusia sejagat khasnya dan penduduk Malaysia khususnya.

Dapatkan sebotol dan dapatkan pengalaman anda sendiri dengan Jeli Gamat GOLD:)




Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Perlukah Membawa Anak Demam & Selesema Ke Klinik?




Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH.

Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.

Cuma ada beberapa keadaan di mana ibu bapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik.

• Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.
• Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
• Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
• Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.

Ref: NOTA KESIHATAN : http://drzubaidi.com/blog

Berita baiknya, antara remedi terbaik yang anda boleh berikan kepada si manja, adalah suapkan sesudu Jeli Gamat Gold. Ini dapat membantu si manja dalam menguatkan sistem imun mereka.. Amalkan secara istiqamah In Shaa Allah Demam, Batuk dan Selsema dapat diatasi dengan sendiri.




Untuk Pesanan (klik)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Pernahkah Anda Terfikir Apa Yang Anda Makan Setiap Hari?


Sebenarnya bila dah mula makan di luar, inilah risiko yang kita kena hadapi..bukan sekali tetapi berkali-kali kita sebagai pengguna sering didedahkan dengan kisah-kisah sebegini..

Kekotoran ada di mana sahaja..dan lebih menjijikan disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan dititikberatkan dalam soal penyediaan makanan bersih maka kita mudah diserang penyakit.

Sebab itu, kita perlu kuatkan sistem imun supaya badan kita dapat menghadapi ancaman-ancaman penyakit yang berpunca daripada pemakanan.

Ini baru sebahagian cerita..Justeru, eloklah kita mulakan langkah pencegahan awal dalam menguatkan sistem pertahanan badan, dapatkan nutrien yang lengkap yang diperlukan badan dan seimbangkan sistem dalam badan yang saling berkait.

Bagi mencapai matlamat ini, Set EXCEL PACK PCN adalah jawapannya. Dapat segera dan mulakan perlindungan menyeluruh untuk seisi keluarga anda.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.



Kenapa Lelaki Mengalami Pasang Surut?


Pasang Surut atau dipanggil ‘hernia’ berlaku apabila sebahagian daripada usus telah terkeluar dari bahagian perut dan membentuk bonjolan di kawasan antara perut dan peha.

Pasang surut ini lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki bermula dari umur pertengahan sampailah kepada warga emas. 

Bagaimana ia boleh berlaku?

Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat. Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah.

# Yang pertama, mungkin disebabkan seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.

# Yang kedua, masalah ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu sering melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barang-barang yang berat dan apa-apa sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula.

# Yang ketiga, mungkin juga disebabkan seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit.

# Yang keempat, mungkin juga sejak lahir lagi otot di kawasan itu sudah ada masalah dan menjadi lemah.

Kesimpulannya, admin melihat kepada permasalahan masalah ini terjadi kerana aktiviti meneran akibat sembelit dan sebagainya. Jadi, bagi mencegah masalah ini, masalah berkaitan dengan bab hendak meneran boleh di atasi dengan mengamalkan Jeli Gamat GOLD & Spirulina Pacifica. Kombinasi kedua-dua komponen ini dapat memastikan sistem penghadaman & perkumuhan lancar dan seimbang. Amalkan dari awal supaya anda dapat mencegah ia daripada berlaku..Percayalah anda pasti tidak mahu merasai penderitaan penyakit ini.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.




Untuk Pesanan (Klik)


Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...