Wednesday, 25 September 2013

2.6 juta Hidap Kencing Manis - Subramaniam



Oleh ZULHISHAM ISAHAK


SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka.

"Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup.

"Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Buloh Kasap, dekat sini hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan merasionalisasikan subsidi gula sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan itu dalam usaha membendung peningkatan penghidap diabetes yang semakin meningkat setiap tahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, pengurangan subsidi harga gula boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga rakyat bersedia untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian mereka.

"Bagaimanapun pada peringkat awal, mereka terlibat dalam perniagaan makanan yang banyak menggunakan gula dikecualikan daripada pemotongan subsidi ini," katanya.

Sejajar dengan langkah itu, beliau mengajak peniaga makanan dan minuman tidak meletak gula dalam minuman yang dipesan pelanggan untuk menggalakkan masyarakat kurang menggunakan bahan tersebut, sebaliknya menyediakan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada mahu mengambil gula atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Hospital Daerah Segamat akan menambah tiga pakar lagi iaitu pakar mata, patologi dan hidung serta telinga dalam usaha menaik taraf hospital tersebut sebagai sebuah hospital pakar.Setakat ini, hospital tersebut menyediakan 13 doktor pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di daerah ini dan sekitarnya.

Utusan Malaysia, Isnin, 20/09/2013.

PENYELESAIAN MENYELURUH

Jika anda mengalami masalah gangren atau luka teruk kesan kencing manis, atau tahap kencing manis sudah sampai ke tahap cucuk insulin, anda perlukan penyelesaian menyeluruh iaitu melalui set Proaktif PCN iaitu kombinasi Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica, Bio C Complex & Krill Omega Plus. Ini penting kerana Gamat akan memperbaiki semula sel-sel organ dan menguatkan fungsi organ. Spirulina Pacifica membekalkan zat yang mencukupi untuk sel mendapatkan makanannya, Bio C Complex meningkatkan imun system dan membantu mengawal paras gula dalam darah dan terakhir Krill Omega bertindak seimbangkan hormon  dan sistem fungsi dalam badan.


Atau jika tahap diabetes anda melibatkan paras gula dalam darah yang tidak normal, disarankan mengambil Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica & Bio C Complex.



Untuk Pesanan (KLIK)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Awasi Demam Anak Anda


AWASI demam anak anda sekiranya disertai gejala seperti cirit-birit, kekejangan dan muntah yang berterusan. – Gambar hiasan


PERUBAHAN cuaca akan menyebabkan kanak-kanak kecil mudah mendapat demam tetapi ada beberapa gejala penyakit itu yang perlu diambil serius oleh ibu bapa.
Menurut pakar kanak-kanak dari Rumah Sakit Ibu dan Anak Evasari di Jakarta, Indonesia, Dr. Frieda Handayani, semasa demam, kanak-kanak berusia tiga bulan hingga lima tahun mudah dijangkiti kuman dan tubuh mereka boleh menjadi kejang kerana suhu badan yang tinggi.
“Jika anak demam dan mengalami kekejangan yang berterusan ia boleh mengganggu fungsi otak mereka,” katanya seperti dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com baru-baru ini.
Menurut Dr Frieda, kanak-kanak itu juga akan diserang cirit-birit dan muntah tiga hingga empat kali sehari.
Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang terhadap penjagaan anak mereka mendapati terdapat tan da-tanda awal demam itu dengan tidak diselubungi perasaan cemas.

Hakcipta terpelihara


Penyelesaian Menyeluruh

Bagi mengatasi masalah sebegini berulang kembali, sistem imun anak-anak perlu ditingkatkan segera supaya badan anak mampu menahan serangan virus atau kuman yang menyebabkan penyakit. Justeru, beri anak anda Jeli Gamat GOLD & kombinasi dengan Bio C Complex dalam meningkatkan sistem pertahanan badan selama 24 jam. Jika anak anda bayi lagi, anda yang mengamalkannya dan disalurkan melalui susu badan. Anda boleh suapkan sedikit Jeli Gamat GOLD ke mulut anak. Jika masih bayi cukuplah hanya setitis dua Jeli Gamat GOLD kepadanya.


Monday, 23 September 2013

Ekzema Kronik Punca Asma



Apabila sesebuah negara menjadi lebih maju dari segi teknologi dan industri, kes asma dan penyakit alahan akan meningkat secara berterusan. Dalam kesibukan Malaysia dan negara rantau Asia mengejar kemajuan ekonomi, kita tidak dapat menafikan peningkatan kesan penyakit ini kepada pesakit.

Asma terjadi berikutan faktor lain termasuk genetik dan pengaruh alam sekitar seperti pencemaran. Salah satu daripada isyarat awal yang menunjukkan peningkatan risiko alahan asma ialah ekzema.

Perunding Asma, Alahan dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo berkata, penyakit asma bukan entiti tetapi sindrom. Ini bermaksud banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini. “Sehubungan itu, rawatan terhadap asma adalah proses yang rumit dan tindak balas kepada rawatan bergantung kepada tahap keradangan pada saluran pernafasan.

“Pesakit yang mengalami ekzema kronik mengalami 65 peratus risiko untuk dijangkiti asma dalam hayat mereka. Ekzema muncul sebagai suatu gangguan kepada lapisan luar kulit yang membolehkan alergen melepasi untuk menembusi kulit dan menyebabkan imune sensitization kepada alergen berkenaan.

“Serangan asma akan berlaku apabila alergen yang sama disedut dalam paru-paru,” katanya pada majlis pelancaran produk baru Efficas Care, anjuran Triniaire Sdn Bhd.

Efficas Care menggabungkan fatty asid Gamma Linolenic Acid (GLA) dengan Eicosapentaenoic Acid (EPA) telah menjalani kajian klinikal dan terbukti berkesan menghalang serta mengurangkan pengeluaran leukotrienes yang menyebabkan serangan asma dan alahan.

Menurutnya, pesakit perlu memahami faktor yang mencetuskan serangan asma selain alahan. Dengan pemahaman yang mendalam mereka akan dapat mengelakkan insiden serangan penyakit ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan secara mendalam bahawa 70 peratus pesakit asma lazimnya berunsur alahan dan pendedahan kepada alergen akan memburukkan keradangan bahagian saluran pernafasan.

Justeru, penting untuk mengenal pasti alahan yang mencetuskan asma dan jika langkah pengurangan alergen yang betul diambil, simptom akan bertambah baik sebanyak 50 peratus.

Cuaca juga boleh menyebabkan serangan asma lebih kronik. Sejak 1983, fenomena peningkatan serangan asma secara mendadak di bilik kecemasan selepas tragedi ribut petir yang disebabkan angin yang membawa debunga rumput di udara.

Ia mencetuskan serangan asma dalam kalangan pesakit yang alah pada debunga rumput. Jadi jangan terperanjat jika menyaksikan pesakit asma mengalami serangan selepas ribut petir.

Kesimpulannya, asma adalah penyakit yang kompleks dan perlu ditangani secara holistik. Langkah yang terbaik bagi pesakit ialah berjumpa pakar perubatan untuk mendapat nasihat serta rawatan supaya serangan asma dan alahan dapat dikawal dengan baik.

Petikan daripada MyMetro Online.



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Alahan Penyebab Ekzema


RENGSA pada kulit bayi biasanya akan menyebabkan bayi meragam manakala ibu bapa pula tidak selesa. Kerengsaan kulit yang berlaku ini dinamakan ekzema iaitu keadaan kulit yang kering dan gatal.

Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun.

"Lazimnya ia beransur-ansur sembuh menjelang usia belasan tahun tetapi ada yang berterusan sehingga dewasa. Sebenarnya ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai," katanya kepada Pancasihat di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau menjelaskan ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja.

Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti pencuci.

Kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah, merekah dan kadangkala mengeluarkan cecair serta berdarah.

Dr. Eric berkata, biasanya pipi, tangan, muka, leher, siku, belakang lutut dan belakang siku mudah diserang ekzema.

"Ini kerana penghalang kulit tidak berfungsi sebaik mungkin. Dalam hal ini, kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk," katanya.

Sistem imun badan penghidap ekzema mengecam protein sebagai berbahaya dan membentuk antibodi menyebabkan badan bertindakbalas dengan mengeluarkan histamin yang menyebabkan rengsa pada kulit.

Masalah bertambah teruk jika sel mast (sel yang mengeluarkan histamin dan menyebabkan kegatalan teruk) bertindakbalas dengan protein alergen dan mengeluarkan histamin yang menyebabkan kegatalan dan radangan kulit.

Ia berlaku apabila sel kulit amat sensitif terhadap kehadiran alergen atau benda asing.

Punca Sehingga kini, kata Dr. Eric, punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia biasa dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi dan telur.

Ia juga boleh berlaku jika ada rengsa kulit disebabkan oleh bahan kimia seperti mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik.

Biasanya bayi ekzema yang alah atau alergi terhadap susu formula dinasihatkan agar bertukar kepada susu hipoalergenik.

"Ekzema pada bayi berlaku jika ibu atau bapa mempunyai masalah kulit yang sama selain asma dan demam alergi," katanya.

Kanak-kanak yang menghidapi ekzema atopik boleh mendapat dermatitis sentuhan dan didapati reaksi alergi boleh merebak dan menjangkiti tempat lain.

Ekzema amat sulit dihindari kerana bayi akan menggaru dan menyebabkan infeksi hingga boleh mengganggu tidurnya.

KomplikasiDr. Eric berkata, ekzema boleh menjadi satu komplikasi jika berlaku infeksi kulit yang digaru sehingga melecet. Jika berlaku infeksi, ekzema mungkin berdarah dan bernanah lantas memerlukan antibiotik untuk merawatnya.

Beliau berkongsi kes seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terpaksa dimasukkan ke wad dipercayai kerana menggaru sehingga menyebabkan komplikasi.

"Mungkin dia mengalami kegatalan yang teruk," katanya.

Hasil pemeriksaan katanya, pesakit berkenaan didapati mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ekzema.

"Ibunya mempunyai ekzema yang agak serius di bahagian leher dan lengan tetapi enggan mendapatkan rawatan lanjut.

"Biasanya jika ibu mempunyai alergi, 40 peratus anak akan menghidapinya dan jika ibubapa mengalaminya, peluang untuk mewarisi penyakit ini anak adalah 60 peratus," katanya.

Rawatan Rawatan ekzema bergantung kepada tahap keseriusannya.

Jika bayi mempunyai ekzema ringan, mungkin cukup dengan sapuan losen atau krim.

"Kulit yang kering akan menyebabkan keadaan ekzema lebih teruk, oleh itu gunakan losen berasaskan lemak untuk melembapkan kulit seperti Ceramide," nasihatnya.

Beliau mengingatkan, kanak-kanak dengan ekzema perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering.

Biasanya krim steroid pada dos yang amat rendah juga disyorkan bagi bayi yang menghidap ekzema atopik teruk dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun ramai ibubapa enggan menggunakan steroid pada bayi kerana kesan sampingannya.

"Justeru gunakan krim steroid pada kepekatan yang betul, gunakan secara minimum pada kulit tidak lebih daripada dua kali sehari dan jangan lupa untuk sapukan lebih banyak losen," katanya.

Selain itu, pil antihistamin kadangkala diberikan jika kulit terlalu gatal sehingga mengganggu tidur. Biasanya pil berkenaan diambil waktu malam atau mengikut nasihat doktor kerana menyebabkan mengantuk.

Cara mengelakkan ekzema l Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara eksklusif selama enam bulan.

- Sesetengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergi kepada susu lembu. Bincang dengan doktor terlebih dahulu.

- Tiada bukti bahawa mengelakkan makanan tertentu semasa menyusu atau hamil boleh menghindar bayi mendapat ekzema.

- Simpan diari pemakanan untuk melihat dan mengesahkan apakah yang mencetuskan ekzema dan bincang dengan doktor.

- Sesetengah orang percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk kerana lebih kurang 10 peratus kanak-kanak mempunyai ekzema akibat alahan makanan.

- Habuk juga dipercayai pencetus sesetengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh. .

- Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian nipis untuk memberikan keselesaan kepada bayi dan ketahui bagaimana memastikan bayi nyaman dalam cuaca hangat.

- Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Tips Mengecutkan Perut & Rahim


Ini petua orang tua-tua dan saya dapat daripada nenek saya sendiri yang berbangsa Jawa. Tapi tak tau la kot bangsa lain pun ada amalkan.

Caranya begini. Ambil param dan campurkan dengan kapur, perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian sapukan pada perut dan pakai la bengkung. Tapi saya bagi tau awal-awal la ye pakai ni memang la sangat gatal tapi memang sangat berkesan dan perut tak buncit. Pengalaman saya nak kurangkan rasa gatal tu saya sapu Gel Gamat GOLD dulu sebelum sapu campuran param tu.

Lagi satu tips tambahan, bagi anda yang rasa macam renyah je hendak ber'param', makan je Jeli Gamat GOLD. Nak cepat nampak kesan makan 2 sudu pagi & 2 sudu malam.

Ok ibu-ibu yang sedang berpantang, selamat mencuba ye..


Untuk Pesanan (Klik)

RESIPI Menghilangkan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat



Sediakan sup bawang merah dan madu dengan mendidihkan potongan-potongan bawang merah dalam madu, dan tutup selama setengah jam. Kemudian, pindahkan dari dapur dan sejukkan ia selama 10 minit. Bawang putih dimasukkan akhir sekali kerana khasiat bawang putih hilang sekiranya dipanaskan.

Kaedahnya

Tambahkan 6-8 biji ulas bawang putih yang dikupas dan dihancurkan. Tutup, dan biarkan ia terendam selama 1 jam. Kemudian minum 1 sudu teh sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir.

Rujukan >> Buku Rasulullah Is My Doctor
--------------------------------------------------

Jeli Gamat GOLD juga mempunyai khasiat untuk mencegah dan merawat penyakit. Ia dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda supaya dapat menghadapi serangan patogen penyakit dari luar.

Bagi menambahkan lagi keberkesanannya, Jeli Gamat GOLD diambil bersama dengan Bio C Complex. Jika ketika anda rasa tidak sedap badan, telan 2 sudu gamat pagi & malam serta 2 biji Bio C pagi & malam. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum k.




Untuk Pesanan (klik)

Sunday, 22 September 2013

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang



** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be 

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

* Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

* Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

* Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

* Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
 
* Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

* Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

* Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

* Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

* Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

* Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

* Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

* Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

**Cara Mandi**

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

*Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

*Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah..

Boleh juga mengamalkan Jeli Gamat GOLD untuk menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta mengecutkan rahim



#Like

Penawar Kanser Dalam AL Quran


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 

3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 

4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 

5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya 

# Pic Kredit To Wehdatul Iman 

Menurut Kajian terkini Prof Ridzuan Hashim (Bapa Gamat Malaysia), spesies Gamat Emas atau Stichopus hermanii mempunyai keputusan yang sangat positif terhadap sel kanser paru-paru, kanser serviks / rahim & kanser payudara. Gamat membantu merencatkan aktiviti sel kanser & menguatkan semula sel-sel yang sihat. Bagi membantu dalam meningkatkan kesihatan pesakit kanser, disyorkan amalkan Jeli Gamat GOLD bersama dengan Spirulina Pacifica yang mengandungi pigmen anti kanser semulajadi, Bio C Complex dalam mengandakan 4 kali ganda fungsi antibodi pesakit dalam melawan penyakit kanser dan Krill Omega Plus untuk seimbangkan fungsi horman serta bertindak sebagai anti-pengoksidaan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel yang sihat.

Kombinasi keempat-empat komponen ini diletakkan dalam satu set pakej iaitu set Excel Pack PCN yang merupakan penyelesaian menyeluruh & ini sangat penting terutama pesakit kanser dalam membantu untuk melawan penyakit ini..Kita berusaha selebihnya mohonlah kepada Allah untuk menyembuhkan pesakit. 


Borang Pesanan (klik)


#Like
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...