Thursday, 25 July 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA : Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT / KERONGKONG / LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam : Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit Menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit Sengal : Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit Menyentap : Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit Menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH / MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Satu Peratus Penduduk Malaysia Hadapi Sakit Mental




KUALA LUMPUR 23 Julai - Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.

"Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya.

"Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini. - BERNAMA
 
Apa Yang Perlu Dilakukan?

Tahukah anda bahawa Jeli Gamat GOLD mempunyai sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan sejenis hormon ketenangan yang membuatkan emosi anda stabil dan lebih ceria. Ini berdasarkan kajian dan juga kepada mereka yang telah mencubanya. Kepada anda yang sering hidup dalam keadaan stres, Jeli Gamat GOLD adalah jawapan terbaik untuk kesihatan mental anda. Cubalah hari ini!




 
Borang Pesanan (Klik)

Tuesday, 16 July 2013

Kenali Gastrik & Bahayanya


Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.

Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.

Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.

Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-Quran

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit.

Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda : "…barang siapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

> Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

> Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku.

Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita.

Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."

© Utusan Melayu (M) Bhd

~Rawatan Alternatif~

Jeli Gamat Gold dapat membantu untuk masalah gastrik. Ia berfungsi untuk membina kembali sel dinding perut yang telah terhakis dan mungkin mengalami luka dan pendarahan. 

Spirulina Pacifica pula yang bersifat alkali membantu untuk menstabilkan kembali keasidan di dalam perut supaya masalah gastrik dapat diatasi.

Atasi hari ini kerana Gastrik juga bole menjadi satu penyakit merbahaya. bagi mereka yang mempunyai jadual pemakanan harian yang tidak teratur, Amalkan jeli Gamat Gold dan Spirulina Pacifica supaya anda dijauhi daripada Gastrik.



Untuk Pesanan whatsapp 018-359 7495

Monday, 15 July 2013

Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Boleh Membawa Maut!



BERBUKA PUASA dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.


Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.


Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.


Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.


Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


Jadi Apa Solution Kepada Masalah Ini?


Pastikan anda amalkan 1 sudu Jeli Gamat GOLD selepas bersahur & selepas berbuka. 1 biji Bio C Complex selepas bersahur & selepas berbuka & tambahan sebelum tidur pastikan anda telan 1 biji BioCore Cholite setiap hari bagi mengurangkan risiko darah beku. Apa lagi cubalah hari ini, ada masa lagi di bulan Ramadhan untuk melakukan satu perubahan besar dalam hidup anda.


 Untuk Pesanan (Klik)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Monday, 8 July 2013

Tips Hilangkan Batuk Tanpa Guna Ubat


Untuk pengetahuan parents semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Penggunaan ubat batuk boleh menyebabkan kematian!!


Tapi parents boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah.. jika diizinkanNya, berkesan.

1) Rehatkan Anak
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku

2) Mandi Air Suam (semua peringkat umur)
air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
- juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline Drops dan Bulb Syringe (semua peringkat umur)
- penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
- Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor Rubs (3 bulan ke atas)
kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs

5) Banyakkan Minum Air (6 bulan ke atas)
Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

6) Sup Panas/Suam (6 bulan ke atas)
Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan Kepala Anak Semasa Tidur (12 bulan ke atas)
tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik

8) Madu (12 bulan ke atas)
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

9) Ajar anak keluarkan kahak (2 tahun ke atas)
Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10) Berkumur dengan air garam (4 tahun dan ke atas)
Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

11) Suapkan anak 1 sudu Jeli Gamat Gold supaya antibodi anak kuat dan tidak mudah berjangkit dengan macam-macam virus kat luar sana tu. Bila nampak anak mengalami simptom nak selsema terus je bagi supaya keadaan tidak berlarutan. Boleh beri sejak lahir. Cuma sukatan sahaja berbeza ikut umur..


Untuk Pesanan (klik)

 Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD
http://www.facebook.com/JeliGamatGold

Saturday, 6 July 2013

[ Set Berpantang Untuk Ibu & Anak Selepas Bersalin ]




Pengunjung yang paling ramai mencari info berkaitan dengan soal kesihatan diri & keluarga serta soal kecantikan majoritinya adalah golongan wanita.

Jadi admin hendak berkongsikan sedikit pemakanan atau set lengkap berpantang bagi ibu yang baru bersalin.

Set ini bukan sahaja bagi ibu yang baru selepas bersalin TETAPI juga kepada ibu yang bakal melahirkan anak dalam 1-2 bulan lagi. Amalkan lebih awal supaya ibu mempunyai tenaga secukupnya semasa proses bersalin nanti kerana set ini kaya dengan protein.

Anda juga boleh menghadiahkan set ini kepada insan tersayang yang inginkan manfaat 5K iaitu KESIHATAN, KECANTIKAN, KECERGASAN, KEBERSIHAN & KENIKMATAN.

Saya cadangkan mula amalkan secepat mungkin OK TAK??

pm 018-3597495 untuk info lanjut.

Wednesday, 3 July 2013

Menjelang Ramadhan Tidak Lama Lagi



Mari kita MAKE UP ROHANI dgn solat dan membaca Al-Quran & TOUCH UP JASMANI dgn Jeli Gamat Gold & Spirulina untuk bertenaga & sihat memyambut Ramadhan.



Untuk Pesanan (klik)

Bahaya Jerebu!


Dapatkan rawatan & pencegahan terhadap kesan jerebu kepada kesihatan anda sekarang.

Pada ketika ini di nasihatkan supaya:

1. Mengurangkan aktiviti luar terutamanya kanak-kanak.

2. Memakai mask 3 lapis semasa aktiviti luar.

3. Memasang aircond kenderaan ketika memandu.

4. Minum banyak air masak sekurang2nya 8 gelas sehari.

5. Amalkan Jeligamat Gold dan Bio C untuk mengurangkan radang paru-paru dan menguatkan imun sistem tubuh.
Bagi anda yang mengalami masalah pernafasan seperti asma, sakit tekak, selesema dan batuk serta penyakit-penyakit kronik yang anda hadapi menjadi teruk kesan daripada jerebu, dapatkan segera Jeli Gamat GOLD & Bio C Complex segera dalam mengurangkan keradangan pada peparu anda serta meningkatkan system imun anda.

Di sarankan untuk mengamal kan Jeli Gamat Gold sesudu 2 kali sehari dan sebiji Bio C sekali sehari.

Semoga kita semua dilindungi In Shaa Allah.



Untuk Pesanan (klik)

Tips Wanita Mengekalkan Kesihatan Dan Kecantikan



SERING terjadi apabila wanita yang berusia 30 tahun keatas mula lupa menjaga penampilan diri dari segi pemakaian dan kesihatan. Terutamanya wanita yang sudah berumah tangga.

Punca dan faktor utama adalah disebabkan kesuntukkan masa untuk menguruskan diri sendiri dan mengambil sikap ala kadar ditambah lagi dengan kesibukkan menguruskan rumah tangga, anak-anak, kerja pejabat dan hal-hal lain.

Kesihatan dan penampilan diri harus kita titikberatkan supaya sentiasa nampak kelihatan bertenaga, sihat, segar dan bergaya. Saya pasti ramai wanita yang berkeluarga berkeinginan mempunyai ruang untuk memanjakan diri sendiri.

Saya ingin berkongi sedikit tips super power untuk wanita bagaimana mengekalkan kesihatan dan penampilan diri yang baik tanpa meninggalkan rutin harian anda yang sentiasa sibuk.

Sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk diri anda.

Pemakanan Dan Diet Yang Seimbang.

Amalkan pemakanan yang seimbang, ianya penting kerana kawalan makanan dapat melambatkan proses penuaan.

Harus kita elakkan makanan berlemak, seeloknya banyakkan makan makanan yang direbus seperti ikan, daging dan produk tenusu rendah lemak, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Di samping pemakanan yang seimbang dan bersenam, badan kita juga memerlukan supplement untuk membantu keseimbangan diet dalam badan kita. Pengambilan meal supplement juga perlu untuk mengekalkan diet yang seimbang.

Terdapat beberapa sumber makanan dalam alam semula jadi yang tinggi dalam antioksidan. Masukkan dalam diet harian anda, ia berkesan menjaga kulit anda dari penuaan.

Sumber makanan yang tinggi dalam antioksidan termasuk blueberry, strawberry, acai berry, tembikai dan teh hijau.

Mineral

Minum banyak air, ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.

Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.

Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Vitamin

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.

Jadi pengambilan vitamin adalah salah satu alternatif terbaik dan ianya cukup sesuai disamping dapat membantu menyelesaikannya.

Anda juga perlu mencari keseimbangan dalam semua nutrien penting dalam diet anda dengan semua vitamin dan mineral yang anda ambil untuk kesihatan yang baik seperti Vitamin A, C, E dan zink serta kalium.

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.

Penjagaaan Wajah

Guna pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.

Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka anda . Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit muka kita.

Elakkan bermekap tebal, wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana.

Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

Senaman Dan Kekal Sihat

Latih minda anda dengan melakukan teka-teki, mengambil kelas senaman, membaca dan menulis.

Supaya anda sentiasa peka, bijak dan tidak ketinggalan zaman dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling anda.

Sentiasa bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.

Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Penampilan Cantik, Kemas Dan Menarik

Apabila kita meningkat umur, kita mula malas untuk berpenampilan cantik, kemas dan menarik, ini harus dielakkan.

Di dalam Islam juga menggalakkan wanita sentiasa menjaga penampilan diri, maksud saya bukan berpenampilan seksi tetapi biarlah apa yang kita pakai kelihatan kemas dan menarik. Kena dengan keadaan semasa.

Penampilan yang menarik mampu memberi keyakinan kepada diri kita dalam melakukan kerja- kerja dan aktiviti harian.

Ringkasan Tip Untuk Wanita

Ada perbezaan diantara wanita yang mengamalkan dan tidak mengamalkan tip-tip diatas. Banyak kita lihat wanita yang kurang berkeyakinan dalam bergaul, lemah, takut, suka mengasingkan diri.

Ini antara sebab seseorang wanita itu merasa murung, cepat penat, tekanan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Kita hendaklah sentiasa amalkan sikap positif, sentiasa ceria selalu terutama bersama orang yang tersayang.

Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan dan menghilangkan tekanan didalam diri.

Lakukanlah untuk diri anda dan keluarga anda, bukan untuk orang lain

Kredit to : http://www.akmaomar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...