Monday, 29 April 2013

'Painkillers' Semulajadi Dalam Dapur Anda



Tahukah anda bahayanya mengambil terlalu banyak 'Painkillers' kepada kesihatan anda? Mengikut kajian, sebiji panadol atau painkillers yang diambil akan kekal dalam hati & usus anda selama setahun sebelum ianya hancur. Bayangkan dah berapa biji anda telan dan sudah berapa tahun anda mula mengambilnya.

Berita baiknya, mengikut kajian Prof Ridzuan Hashim iaitu Bapa Gamat Malaysia, dalam Jeli Gamat GOLD, ada sejenis bahan yang digelar "Morfin Semulajadi" iaitu bahan anagelsik semulajadi yang bertindak sebagai bahan penahan sakit semulajadi. Jika anda terasa sakit kepala atau bahagian-bahagian lain pada tubuh anda, telan je 1 sudu Jeli Gamat GOLD, In Shaa Allah. Cubalah hari ini!

#Pic Kredit To Health & Beauty Tips

#Jom Like & Share

Kesan Pemakanan Kepada Diri Anda



Pemakanan banyak mempengaruhi keadaan fizikal, mental & rohani kita. Anda adalah apa yang anda makan. Jika pemakanan anda seimbang dan niat anda makan untuk sihat maka kesannya adalah kepada kesihatan yang baik. Tetapi jika makan kerana nafsu, maka berhati-hatilah kerana ia mungkin menjadi 'racun' yang akan merosakkan kesihatan dalaman anda termasuklah fungsi organ.

Sebenarnya, badan manusia yang sihat mempunyai mekanisma semulajadi melawan penyakit tanpa perlu bergantung kepada ubat hospital atau farmasi. Namun, disebabkan faktor gaya hidup moden & pemakanan yang diambil bermula daripada sumber, bahan tambahan yang digunakan, kurangnya senaman dan sebagainya menyebabkan badan kita tidak mampu untuk melawan penyakit-penyakit atau bertindak sebagai pencegahan awal kepada serangan virus atau bakteria serta radikal bebas.


Justeru itu, anda memerlukan Jeli Gamat GOLD yang bertindak sebagai 'Doktor Sel' yang akan memulih & meremajakan semula sel-sel dalam badan anda, meningkatkan sistem imun supaya badan anda mampu mencegah diri anda daripada ancaman penyakit berjangkit dan juga terkini penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Inilah kelebihan atau keunikkan yang terdapat dalam gamat yakni Anugerah yang Allah ciptakan bagi manfaat manusia sejagat.

Di samping itu, anda juga boleh mengambil bersama kombinasi dengan Bio C Complex sebagai 'Booster' kepada imun sistem anda. Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu, ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting. Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan. Kepada anda yang masih belum memiliki atau mencuba, pastikan anda dapatkan hari ini!

#Pic Kredit To General Knowledge

#Jom Like & Share





Untuk Pesanan (klik)

Friday, 26 April 2013

Pek “PCN Excel Pack” Luxor Lengkap Untuk Anda dan Sekeluarga






KESIHATAN menyeluruh bermula dengan memahami bagaimana ia boleh diperolehi dan dijaga dengan mudah dan teratur. Cuba kita pelajari dari alam semulajadi. Bagi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, kesihatan bermula dari tahap akar. Ia meyerap air dan nutrien dari tanah dan mengunakan cahaya matahari untuk foto sintesis. Bagi manusia pula, kesihatan bermula dari tahap sel-sel kita.



Jika sel-sel kita dipermudahkan, dibersih, diberi nutrien yang secukupnya, dilindungi dan sentiasa berada dalam keadaan seimbang, kita pun boleh hidup sihat. Kesemua inilah yang dilakukan oleh PCN Excel Pack Luxor pada tubuh anda.


Hanya 4 langkah Mudah Diperlukan

Kita mempunyai lebih dari 60 trilion sel dan 10 sistem tubuh yang perlu berfungsi secara harmoni antara satu sama lain supaya semua sel, tisu dan organ sentiasa sihat. Walaupun ia merupakan suatu proses yang begitu rumit, PCN Excel Pack Luxor menjadikannya sungguh mudah dalam 4 langkah yang sistematik :

Langkah 1Jeli Gamat Gold Bertindak sebagai pencegah penyakit.

Langkah 2Spirulina Pacifica Membersih, Menyingkir Taksin dan Mengkhasiatkan tubuh.

Langkah 3Krill Omega Plus Mengawal dan memecahkan lemak, minyak dan kolestrol dalam badan.

Langkah 4 Bio C-Complex Antioksidan & Perlindungan 24 jam.

Bagaimana “PCN Excel Pack” Luxor Berfungsi?

Kesemua 4 produk dalam ‘PCN Excel Pack' Luxor dipilih dengan teliti kerana keistimewaan setiap satu dan kemampuannya bertindak secara harmoni antara satu sama lain. Walaupun anda memakan kesemua produk ini pada masa sama, tubuh kita yang bijak melakukan berbilion-bilion proses sekaligus, berupaya memastikan setiap satu produk tersebut melakukan fungsinya sendiri walaupun kesemuanya berlaku serentak. Jadi semasa sel-sel mendapat nutrien yang diperlukan, proses melindunginya dan memastikan keseimbangan sel-sel berlaku sekaligus.



Cubalah Hari Ini!

Untuk Pesanan (klik)


Jom Like & Share
http://www.facebook.com/JeliGamatGold


Monday, 22 April 2013

Resdung - Punca dan Petuanya


MENCEGAH lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.

Apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua mencegah resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni.

Lagi satu, jika anda nak tahu orang yang mengalami resdung ni badannya agak berasid. Menyebabkan badan berangin. Bagi wanita pula akan mengalami keputihan. So saya nak cadangkan kepada anda supaya mengamalkan Jeli Gamat Gold n Spirulina Pacifica untuk mengatasi resdung anda supaya tidak menjadi lebih teruk lagi. Jeli Gamat Gold akan membantu anda untuk mengurangkan rasa alahan dan keputihan. (1st time makan keputihan akan keluar banyak bergantung kepada tahap masalah seseorang). Spirulina pula 100% alkali akan seimbangkan keasidan dalam badan.

selamat mencuba!!

Jom Like & Share

Friday, 19 April 2013

Menjauhi Yang Tinggi-tinggi Dengan BioCore Cholite





Dirumus dari 3 jenis kandungan semulajadi terbukti berkesan menjaga keseluruhan kesihatan kardiovaskular.

1. RED YEAST RICE

(Penerokaan Semula Herba Purba)

- Terhasil dari proses penapaian beras dengan menggunakan monascus purpureus.

- Juga dikenali sebagai "hong qu'' dalam bahasa Cina, "beni-koji" di Jepun, "red mould" di Amerika Syarikat.

- Digunakan sejak berabad dahulu sebagai makanan dan ubat herba bagi menggalakkan peredaran darah.


Unggul untuk Kesihatan :

1. Mengandungi bahan aktif Monacolin K, membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

2. Mengandungi GABA membantu menurunkan tekanan darah.

3. Menguatkan limpa dan perut, menggalakkan penghadaman.

4. Menggalakkan peredaran darah dan menghapuskan gumpalan darah

2. GINKGO BILOBA EXTRACT

(Keajaiban Daya Ketahanan Dan Panjang Usia Dari Alam Semula Jadi - meningkatkan peredaran darah dan daya ingatan)

- Berasal dari daun pokok ginkgo yang dipercayai merupakan fosil hidup paling tua di bumi.


Unggul untuk Kesihatan :

1. Flavonoids ginkgo melancarkan pengaliran darah, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok dan sakit jantung.

2. Ginkgolide menggalakkan peredaran darah dan pembekalan oksigen kepada otak, dengan itu meningkatkan ketajaman otak, daya tumpuan dan ingatan.

3. Menjaga kesihatan retina mata dan telinga dengan menggalakkan pengaliran darah ke saluran-saluran darah kecil dan kapilari darah serta membaiki kerosakan oksidatif.

4. Kaya dengan Flavonoids dan Terpenoids, membantu melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan otak.

3. NATTOKINASE

(Rahsia Usia Panjang Orang Jepun)

- Makanan tradisional orang Jepun yang berasal dari proses penapaian kacang soya dengan Bacillus subtilis.

- Digelar "Enzim kepada Enzim" oleh Dr. Hiroyuki Sumi sebab manfaat kesihatannya yang begitu luas sekali.


Unggul untuk Kesihatan :

1. Dikenali sebagai pembersih bekuan darah dan “penipis darah” paling semula jadi.

2. Melarutkan bekuan darah menormalkan tekanan darah tinggi.

3. Kaya dengan Flavonoids dan SOD yang menggalakkan aktiviti anti oksidan. Pada masa yang sama, ia juga menghalang LDL daripada dioksidakan oleh radikal bebas.

4. Tinggi dengan kandungan protein dan vitamin B2 sebagai agen anti-penuaan.

5. Mengandungi kepekatan vitamin K2 yang paling tinggi untuk ia menyumbang kepada ketumpatan tulang.


Sumber :

http://www.umm.edu/altmed/articles/red-yearice-000323.htm
http://www.zjshsw.com/newDetails.aspx?id=132
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/333.html
http://www.clevelandclinicmeded.com/medicalpubs/pharmacy/sepoct02/ginkgo.htm
http://www.nattokinase.org/
http://www.nattokinase.co.jp/en/nattoesse_mk7.html



BioCore Cholite adalah disyorkan sebagai sebahagian daripada diet sihat harian anda, bersama dengan senaman untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Cubalah Hari Ini!




Harga Sebotol (60 biji) : RM 109


Dos Cadangan :
1-2 Kapsul setiap hari sebelum makan.

Jika ada mengambil ubat doktor yang berkaitan dengan mencairkan darah, makan sebiji Kapsul sahaja sebelum tidur malam.

Indikasi :
Digunakan untuk membantu peredaran darah secara tradisional.



Untuk Pesanan (klik)

#Like & Share
http://www.facebook.com/JeliGamatGold?ref=hl

Sunday, 14 April 2013

PETUA MENCERAHKAN KULIT BADAN


Caranya macam ni..p cari serbuk kopi yg ori, bkn nescafe yer...ambik lebih kurang 2 sudu besar. Letakkn dalam mangkuk klu boleh mngkuk plastik. Kang ko guna mangkuk kaca, anak2 berlari tersentuh tersadung tersepak..ko juga yg penat menjerit.

Lepas tu ambik segenggam dua beras pulut, basuh, toskan airnya dan goreng dengan minyak zaitun yg pure atau virgin. Jangan beli yang dah diproses. Goreng sampai kekuningan. Oopss. Minyak zaitun tu skit jer yer..bukan nak buat deep fry pun okey.. then blend kesemua beras tadi biar jd halus sehalus mungkin. Ambik 1 sudu besar, selebihnya simpan. Kang nak buat lg tk payah susah susah basuh kuali.

Campurkan beras dengan serbuk kopi tadi. Tambah sedikit air agak2 yang selesa untuk kita tenyeh2 atau sental2 kat kulit nnti. Masuk bilik mandi..sental la kulit korang dr atas bdn ke bwh..sental lama skit kt tempat2 yg degil,yg hitam, yg lusuh,yg kelabu taikanjing..hehe...ala-ala scrub gitu..

Dah tu bilas dan mandi spt biasa. Buat 2 atau 3 kali seminggu. Jangan mngharap kulit tu tukar cantik serta merta yer..cinderella pun perlukan masa untuk jd cantik.. tapi klau kulit tu jenis alim baik..insyaallah akn nmpk perubahan sebaik mandi. Tapi untuk kulit yg degillll tu..sabar skit yer..mungkin korang hnya nmpk kesannya dlm 2 ke 3 minggu amalkan petua ni. 

#Kredit to Petua Kecantikan Semulajadi 

Tapi agak2 kalo korang malas sgt nak buat petua ni ha makan je Jeli Gamat Gold ni sehari 2 sudu..insyaallah lepas sebulan ade la yang negor macam seri pengantin gitu..Tak caye cubelah.

Tuesday, 9 April 2013

Petua Ubati Luka Bersalin





MENYAMBUT kelahiran bayi merupakan saat yang paling menggembirakan bagi seorang ibu apatah lagi segala penat lelah dan pengorbanan selama 9 bulan 10 hari mengendong bayi dalam kandungan kemana sahaja bukanlah suatu perkara mudah yang tidak mungkin dapat dipikul seorang lelaki. Namun, dalam proses kelahiran tersebut si ibu terpaksa melalui pelbagai cara untuk memastikan bayi mereka lahir dengan selamat sama ada secara normal ataupun pembedahan. Dalam proses tersebut juga, si ibu pasti akan melalui luka-luka ketika bersalin. Luka tersebut perlu diubati segera bagi mengelakkan komplikasi jangkitan kuman pada bahagian luka. Di sini, disenaraikan beberapa petua untuk mengubati luka bersalin.

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda hingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari sehingga luka anda sembuh. 

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikir garanm. Makan bersama nasi atau boleh juga dibuat sup. 

3. Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau anda juga boleh sapukan air tersebut di bahagian yang luka tersebut. 

4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi hingga mendidih. Amalkan setiap hari minum air rebusan tersebut. 

5. Minum air sebusan daun pegaga setiap hari. Selain itu, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makan bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus. 

6. Rebus daun dan kulit pokok bunga tanjung secukupnya. Air rebusan tadi hendaklah digunakan untuk membasuh luka setiap pagi sehingga sembuh. 

7. Rebus beberapa helai daun jambu batu dengan dua keping asam keping hingga mendidih. Cuci bahagian luka menggunakan air tersebut.

Bagaimana? mungkin anda tertanya-tanya di mana hendak mencari bahan-bahan ini betul? Biasanya orang tua-tua yang berpengalaman akan menyediakan keperluan yang diperlukan semasa proses berpantang selepas bersalin. Namun, bagi generasi terkini, proses berpantang selepas bersalin jarang diambil berat. Pelbagai alasan diberikan. Sebenarnya proses berpantang penting kerana ia menjamin kesihatan menyeluruh badan anda di usia tua nanti. Kesannya mungkin tidak nampak hari ini tetapi kemudian hari nanti baru kita merasai kesannya. Justeru, bagi anda yang inginkan cara berpantang yang lebih mudah, berkesan dan tidak terlalu memberatkan anda, anda boleh amalkan Proaktif PCN Excel Pack iaitu pek set lengkap bagi ibu yang bersalin dalam sepanjang berpantang.

Kenapa Proaktif PCN Excel Pack?

Ia mengandungi 4 komponen penting iaitu Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica, Bio C Compleks dan Krill Omega Plus.

Kenapa Jeli Gamat GOLD?

Jeli Gamat GOLD merupakan formulasi terbaik kerana khasiat semulajadinya yang bertindak sebagai Doktor Sel merupakan agen terbaik dalam mengubati luka-luka selepas bersalin ataupun pembedahan. Gamat bertindak mengecutkan semula rahim dan menguatkan semula otot-otot, sistem sarat serta organ-organ dalam supaya berupaya menjalankan fungsi dengan baik. Gamat juga mengandungi kolagen semulajadi yang sangat tinggi dan ia penting untuk kulit dan bahagian sendi samada kepada ibu mahupun bayi.


Kenapa Spirulina Pacifica?

Spirulina Pacifica mengandungi 46 zat penting yang diperlukan badan dalam mendapatkan semula khasiat yang lengkap untuk keperluan badan, bagi ibu yang menyusu badan ia penting untuk tumbesaran bayi dan meningkatkan semula kecergasan dalam badan. Di samping itu, ia membekalkan sumber Kalsium yang tinggi kepada ibu dan bayi.


Kenapa Bio C Compleks?

Bio C Compleks meningkatkan imunisasi badan ibu serta bayi dalam melindungi daripada serangan jangkitan penyakit dan juga virus. Ia juga meningkatkan fungsi otak bayi.


Kenapa Krill Omega Plus?

Krill Omega Plus membantu seimbangkan paras hormon dalam badan. Ini penting bagi ibu yang menyusu badan, ini akan membantu menambah kandungan susu dalam badan dan seterusnya membantu perkembangan otak bayi. Krill juga membantu menguruskan kolesterol dalam badan serta melindungi sendi.


Kombinasi ini akan memberikan anda kesihatan yang optima dan mengembalikan semula keremajaan anda. Dapatkan 1 pek hari ini!



Untuk Pesanan (klik)



# Like & Share!

Tolong Berhenti Merokok! Perbaiki Sekarang!


BANYAK manfaat apabila kita berhenti merokok. Namun, bagi sesetengah perokok mereka menghadapi kesukaran handak berhenti kerana kesan ketagihan yang sukar hendak ditahan.

Berita baik kepada perokok, tanamkan azam untuk berhenti merokok kerana tindakan anda dapat menyelamatkan nyawa anda & insan tersayang daripada risiko penyakit akibat kesan merokok. Cuba amalkan juga kombinasi Jeli Gamat Gold & Bio C Compleks sebagai suplemen harian anda. Mengikut beberapa testimoni yang admin perolehi, mereka yang mengamalkan kombinasi kedua produk ini merasakan ada perubahan pada diri mereka. 

Ada yang merasa pahit pada bahagian tekak menyebabkan akhirnya mereka berjaya mengurangkan merokok jika sebelum ini sehari sekotak rokok mampu dihabiskan tetapi selepas 2 minggu seminggu baru habis sekotak rokok. Ini petanda yang sangat baik & perubahan yang sangat positif bagi peringkat permulaan. Ada juga yang merasa rokok yang dihisap rasa kosong seperti menghisap rokok langkawi. (Maafkan admin kerana admin tidak merokok jadi tidak dapat membayangkan bagaimanakah rasanya perbezaan rasa rokok biasa & yang dijual di langkawi). Jika anda hendak tahu bagaimana rasanya, cubalah sendiri hari ini!

Siapa Yang Perlukan Kombinasi Jeli Gamat GOLD & Bio C Compleks?

1 - Mereka yang berazam hendak berhenti merokok
2 - Insan tersayang yang merokok - Suami, Ayah, Anak & Adik Beradik


#Kredit To General knowledge




Untuk Pesanan (klik)



# Like & Share!

Kesan Jika Anda Duduk Terlalu Lama



RAMAI yang masih tidak menyedari bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah, selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diburukkan lagi apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

Apakah Pilihan Anda Untuk Mencegah?

Berita baik kepada anda, kombinasi produk Jeli Gamat GOLD dan BioCore Cholite merupakan suplemen pencegahan sepanjang hayat yang terbaik untuk anda. Jeli Gamat Gold yang bertindak menguatkan fungsi organ terutama Jantung dalam memastikan darah dapat dipam dengan baik supaya darah dapat mengalir lancar ke seluruh badan di samping ia membantu melancarkan peredaran darah yang pekat akibat kolesterol serta membantu menguatkan fungsi sendi sendi dan otot. BioCore Cholite pula, merupakan produk pemakanan kesihatan tambahan yang dirumuskan dari 3 jenis kandungan semula jadi iaitu Red Yeast Rice, Nattokinase & Ekstrak Ginkgo Bilola yang dapat membantu mengurangkan risiko 3 "tinggi-tinggi" iaitu Kolesterol Tinggi, Risiko Bekuan Darah Tinggi & Tekanan Darah Tinggi. Keseluruhannya ia untuk menjaga keseluruhan kesihatan kardiovaskular!

#Kredit To General knowledge



Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!

Friday, 5 April 2013

8 Cara Kempiskan Perut Buncit


1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
(Minum sikit-sikit tapi banyak kali untuk 1.5 L - 2 L sehari)

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

8. Supplemen

Jeli Gamat Gold juga dapat membantu untuk mengempiskan perut anda kerana ia mampu untuk melembut dinding usus seterusnya dapat mengatasi masalah sembelit. Spirulina Pacifica pula memberi khasiat sayur-sayuran kepada anda secara semula jadi tanpa perlu dimasak yang boleh menghapuskan segala zat yang anda perlukan. Mudah dan selamat untuk anda praktikkan. Cubalah hari ini!




Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!

Wednesday, 3 April 2013

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki



Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.


1. Tomato @ Sos tomato

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

(Jika tidak dapat untuk memakan tiram, anda boleh mengamalkan Spirulina Pacifica untuk mendapat zinc yang cukup setiap hari. 10 biji setiap hari sudah memadai. Manakala Jeli Gamat Gold untuk memudakan dan menguatkan sperma yang dihasilkan kerana kandungan kolegen nya yang tinggi)

3. Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

6. Suplemen

Proaktif PCN yang mengandungi komponen Jeli Gamat Gold, Spirulina Pacifica, Bio-C Compleks dan Krill Omega Plus mampu untuk menggantikan 5 makanan di atas khas untuk mereka yang tidak dapat mengamalkan makanan tersebut setiap hari. Jeli Gamat Gold mengandungi kolegen yang tinggi di mana mampu untuk meremajakan sel-sel dalaman. Spirulina Pacifica pula mengandungi hampir 90% zat makanan yang diperlukan oleh badan termasuk zinc dan potassium. Bio-C Compleks membantu meningkat imun badan terutama kepada lelaki yang merokok. Manakala Krill Omega Plus boleh membantu untuk membakar segala lemak dan kolesterol jahat yang berada di dalam badan kerana ia kaya dengan omega-3 dan omega-6.

Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang. Cubalah hari ini segera!






Untuk Pesanan (klik)



# Like & Share!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...