Perangi Selulit. Bagaimana Cara Paling Mudah?





RASANYA tidak ada yang lebih comel selain daripada sepasang lesung pipit yang menghiasi wajah tatkal kita tersenyum. Orang yang melihat jatuh suka orang yang memiliki pun jadi bangga.

Tapi bagaimana pula dengan Selulit? Walaupun bunyinya seakan-akan sama dengan lesung pipit, tetapi situasinya jauh berbeza. Secara ringkasnya, selulit adalah lebihan lemak yang muncul pada bahagian kulit yang berkedut. Saya percaya tidak ada seorang wanita pun yang suka dengan kahadiran selulit ini. hati pasti sedih melihat masalah kulit itu muncul di paha, punggung, perut dan lengan. Wajah cantik pun kurang kalau terlihatkan ‘benda’ ini. Lebih malang lagi selulit bukan hanya menyerang wanita yang bertubuh gempal bahkan turut ada pada tubuh wanita yang kurus.

Jelas sekali selulit adalah musuh utama wanita selain jerawat, jeragat, kelemumur, kulit kering, kedutan dan macam-macam lagi. (Hmm, banyak sungguh musuh wanita!). Kehadirannya menurunkan peratus kecantikan dan keyakinan diri. Keputusan paling tepat, selulit harus diperangi!

Pakar kulit Hollywood, Horward Murad, MD dan penulis buku ‘The Cellulite Solution’ memberitahu, selulit bukanlah masalah lemak. Sebaliknya ia adalah sejenis masalah kulit. Tidak kiralah anda mengalami berat badan yang lebih atau kurang, selulit tetap berpotensi untuk menyerang. Lemak punca selulit tidak sama dengan lemak yang menukarkan anda daripada saiz S ke saiz XL. Lemak ini tersimpan jauh di bawah kulit dan kedudukannya hampir dengan tulang kita. Inilah yang tubuh kita gunakan untuk membakar makanan sebagai tenaga.

Dalam erti kata lain, selulit terhasil daripada saki baki sel lemak yang ada di dalam kulit. Ia tidak boleh dibakar sebagai tenaga. Oleh itu, tindakan kita untuk berdiet, bersenam bahkan juga melakukan proses sedut lemak tidak membantu menghilangkan selulit sepenuhnya.

Mahu akui atau tidak, selulit memang masalah utama hampir kebanyakan wanita. Ia banyak menyerang mereka yang berusia di atas 35 tahun. Walaupun pelbagai penyelidikan telah dijalankan, para doktor masih lagi belum berjaya menemui punca utama yang menyebabkan terjadinya selulit. Tetapi secara kesimpulannya, mereka percaya hormon dan anatomi adalah kunci utama.

Menurut Bruce Katz, MD dan pengarah perubatan Juva Skin and Laser Center di New York, “Bukti terbaik yang menunjukkan pertambahan insiden wanita mendapat selulit bukanlah kerana hormon semata-mata, bahkan juga kerana anatomi yang dipanggil ‘septa’. Ia adalah sekumpulan tisu berserabut yang mengelilingi sel lemak di dalam kulit. Bagi lelaki, ‘septa’ ini bergerak dalam bentuk berpenjuru manakala bagi wanita pula, ‘septa’ bergerak secara menegak.

Sewaktu kita muda, ‘septa’ tidak menjadi masalah. Ini kerana kedua-dua bentuk gerakan berfungsi dengan baik untuk memastikan selulit tersimpan elok di lapisan kulit paling bawah. Tetapi sebaik usia meningkat, ‘septa’ elastik ini akan menjadi lebih keras dan sukar. Apabila ia bergerak, ia akan menghampiri sel selulit yang mana akhirnya ia mula merubah pergerakan bentuk asalnya.

Katz berkata, apabila ‘septa’ ini bergerak secara menegak, hasilnya ia akan memberikan kesan seperti bentuk permukaan tilam. Sel lemak akan menolak di antara satu sama lain dan akhirnya ia membentuk lekukan yang dikenali sebagai selulit.

Anda Ada Selulit? Salahkah Ibu!

Kata doktor, selulit akan dibawa pada setiap generasi. Kalau nenek atau ibu anda mempunyai masalah selulit, anda pun perlu bersedia untuk menghadapinya. Inilah kenyataan yang perlu dihadapi oleh setiap mereka yang bergelar wanita.

Namun dalam 20 tahun kebelakangan ini, pelbagai pilihan rawatan telah diimplimentasikan. Walaupun penemuaan sains terhadap masalah ini masih goyah dan banyak kajian lagi belum berjaya dibuktikan, namun ada beberapa kajian menunjukkan hasil yang hampir sama. Terdapat beberapa pilihan untuk anda melawan selulit ini, antaranya adalah :
Pilihan 1 - Krim & Losyen - Paling mudah dan murah.
Pilihan 2 - Diet Selulit - Diet yang memberi ‘makan’ kepada kulit.
Pilihan 3 - Penggunaan Cahaya - Mencairkan selulit.
Pilihan 4 - Urutan Berteknologi Tinggi - Gabungan urutan mekanikal dan kaedah menyedut.
Pilihan 5 - ‘Mesotherapy’ - Antara rawatan paling kontroversi.

Apapun pilihan dan jenis rawatan yang ada, perlu anda ingat yang membuang selulit tidak semudah menghilangkan jerawat di muka. Sebelum anda membuat keputusan mencuba apa jua jenis rawatan, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor. Dapatkan juga maklumat tambahan menerusi pembacaan di internet, buku atau berkongsi pengalaman dengan orang yang pernah melakukan rawatan tersebut. Hendak cantik tidak salah, tetapi usah sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri!

Namun, melalui pengalaman saya dengan pelanggan yang mempunyai masalah ini, Pilihan 1 & 2 antara yang paling berkesan, kosnya rendah & paling penting ia paling selamat. Dicadangkan kepada anda yang mengalami masalah ini untuk mengamalkan Jeli Gamat Gold & Krill Omega Plus bagi mengatasi punca selulit yang disebabkan oleh faktor hormon & anatomi. Selain itu, boleh juga sapu dengan mencampurkan Minyak Urut Aromaterapi Gamat dan Losyen Tangan & Badan Gamat. Cubalah hari ini!





Borang Pesanan (klik sini)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Comments


  1. Assalam , masalah selulit atau lebih terkenal dengan namanya strech mark memang sangat menganggu bukan ?Habis hilang keyakinan diri tu .Tak apa .Ada cara untuk Menghilangkan Masalah Selulit Anda Dengan Berkesan
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

  2. Assalam , masalah selulit atau lebih terkenal dengan namanya strech mark memang sangat menganggu bukan ?Habis hilang keyakinan diri tu .Tak apa .Ada cara untuk Menghilangkan Masalah Selulit Anda Dengan Berkesan
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)