Monday, 7 November 2011

Kepentingan ASID FOLIK

Asid Folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Selain itu, anda disarankan untuk mengamalkan juga Jeli Gamat Gold & Spirulina Pacifica kerana ia dapat membantu merangsang pertumbuhan serta perkembangan sel bayi dengan baik ketika dalam kandungan. Spirulina Pacifica membekalkan 46 daripada 50 nutrien penting yang diperlukan sel-sel badan setiap hari. Justeru, ia digelar sebagai makanan paling sempurna di dunia. Ia juga kaya dengan vitamin B9 yang anda boleh dapati secara semulajadi.

Menurut kajian terkini, dalam Spirulina Pacifica satu-satunya Spirulina di dunia yang mengandungi sumber Vitamin K2 iaitu salah satu nutrien yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan pemadatan tulang. Ini penting terutama kepada perkembangan bayi yang sihat ketika dalam kandungan.

Berdasarkan juga pengalaman wanita hamil yang telah mengamalkan sejak hamil sehinggalah selepas bersalin dan ketika berpantang, antara kesan ketara adalah bersalin mudah, luka-luka selepas bersalin samada secara normal atau pembedahan cepat kering kerana kuasa penyembuhannya 2 setengah kali ganda lebih cepat berbanding ikan haruan. Selain itu, rahim cepat kecut & cepat naik semula, perut tidak menggelebeh serta mengembalikan bentuk badan seperti anak dara. Kulit bayi juga cerah dan cantik. DAN yang paling penting dapat mengurangkan risiko bayi kuning yang lama.

Sayangilah kandungan anda dengan mengamalkan Jeli Gamat Gold & Spirulina Pacifica.

Cubalah hari ini!





Borang Pesanan (klik sini)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Sukar Peroleh Anak


APABILA timbul masalah mendapatkan anak, tiada siapa harus dipersalahkan sebelum pasangan suami isteri menjalani pemeriksaan kesuburan bagi mencari di mana silapnya.

Banyak pasangan menghadapi masalah kerana suami kurang bekerjasama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sedangkan pemeriksaan kesuburan untuk wanita lebih banyak dan leceh.

Inilah nasihat Ketua Unit Klinik Kesuburan, Bahagian Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat (LPPKN), Dr Abdul Ghafar Abdul Razak. Masalah kesuburan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, iaitu 30 peratus berpunca daripada suami, 30 peratus daripada isteri, 30 peratus gabungan kedua-duanya, manakala 10 peratus lagi tidak diketahui.

Oleh kerana pecahan antara suami dan isteri seimbang, sepatutnya tidak timbul isu menyalahkan mana-mana pihak. Jika ini melanda anda, jangan terlalu susah hati kerana ramai lagi pasangan mengalami masalah begini.

Bancian menunjukkan 87 hingga 90 peratus pasangan berjaya mendapatkan anak selepas setahun berkahwin dan mengamalkan seks tanpa perlindungan. Sebanyak 10 hingga 13 peratus lagi ada masalah kesuburan dan 20 peratus daripadanya yang mendapatkan rawatan kesuburan berjaya mendapatkan anak.

Dr Abdul Ghafar berkata, bagi lelaki, dua faktor utama menyumbang kepada perkara ini, iaitu ketidakupayaan melakukan hubungan seksual dan masalah sperma. Manakala masalah di pihak isteri lebih banyak seperti keupayaan mengadakan hubungan seks, masalah ovulasi, endometriosis, ketiadaan organ reproduktif iaitu rahim serta mempunyai antibodi terhadap sperma dan ovum.

“Masalah sukar mendapat anak adalah masalah bersama dan perlu dirawat. Sama-sama perlu menjalani pemeriksaan kesuburan dan memberi kerjasama apabila mendapatkan rawatan. Pengesanan awal akan meningkatkan peluang untuk berjaya.

“Peluang juga bergantung kepada umur isteri sebab kualiti telur menurun dengan peningkatan umur. Ini sebabnya penyiasatan kesuburan perlu dilakukan secepat mungkin, terutama bagi pasangan melebihi umur 35 tahun,” katanya dalam ceramah kesihatan bulanan anjuran LPPKN mengenai bayi tabung uji.

Katanya, masalah kesuburan boleh dibahagikan kepada faktor suami dan isteri, iaitu:

Pengurusan masalah kesuburan mempunyai beberapa peringkat; dimulakan dengan penyiasatan (mengenal pasti punca), rawatan, pemantauan ke atas tindak balas terhadap rawatan serta tindakan seperti mempertemukan benih.

Penyiasatan untuk suami pada umumnya jauh lebih mudah dan ringkas kerana ia hanya membabitkan pemeriksaan air mani, iaitu untuk mengetahui bilangan sperma, kebolehannya berenang dan mempunyai bentuk normal.

Air mani lelaki mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 juta sperma bagi setiap satu mililiter dan 50 peratus daripadanya perlu boleh bergerak cergas dan berenang dengan baik. Daripada jumlah ini, 30 peratus mesti mempunyai bentuk normal kerana sperma perlu berenang melepasi rahim menuju ke telur yang menanti dalam tiub fallopian.

“Ujian pada lelaki bukan saja mudah, tetapi boleh dilakukan bila-bila masa. Sebaliknya pemeriksaan wanita hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, iaitu ketika pengeluaran telur yang membabitkan beberapa peringkat seperti analisis hormon yang dipanggil Hormon Perangsang Folikel (FSH) dan hormon Lutein (LH).

“Hormon FSH bertugas memilih telur, manakala hormon LH bertanggungjawab merangsang perkembangan telur. Biasanya jika paras hormon ini dalam keadaan baik, ia menunjukkan telur yang akan dikeluarkan juga baik,” katanya.

Wanita juga perlu menjalani pemeriksaan tiub fallopian, iaitu tempat benih berjumpa, supaya dalam keadaan baik dan tidak tersumbat. Pemeriksaan ini boleh dilakukan melalui ujian sinar-X dan memasukkan sedikit pewarna khas ke dalam tiub. Satu teropong dipanggil elektroskopi akan dimasukkan di bawah pusat bagi melihat keadaan tiub ini.

Status rahim dan ovari juga akan diperiksa untuk mengesan ketumbuhan atau masalah dalam rahim seperti fibroid, endometriosis serta sista.

Dr Abdul Ghafar berkata, haid yang tidak teratur antara petanda masalah kesuburan. Dalam keadaan biasa (haid teratur), bukan semua telur dihasilkan mempunyai benih. Dianggarkan antara 60 dan 70 peratus yang berkualiti dan mempunyai benih. Bagi yang menghadapi masalah haid tidak teratur, bermakna pengeluaran telur juga tidak menentu.

Namun, jangan berputus asa kerana ada rawatan boleh membantu mendapatkan anak. Antara kaedah sekarang ialah IVF (persenyawaan in-vitro), IUS (permanian beradas) atau ICSI (menyuntik sperma ke dalam telur) — semuanya adalah rawatan panjang.

Namun yang paling popular ialah IVF. ICSI hanya dilakukan jika suami mengalami masalah kurang sperma atau mempunyai sperma berkualiti rendah. Dalam IVF, pemeriksaan telur dijalankan terlebih dulu bagi memastikan ia mengandungi benih sebelum disenyawakan.

Kemudian baru telur disenyawakan dengan sperma membentuk embrio. Embrio ini dipantau sepanjang masa kerana 60 hingga 70 peratus saja yang akan ‘hidup’. Selepas dua hari, baru embrio ini disuntik masuk ke dalam rahim.

Selepas dua minggu, wanita perlu menjalani ujian hormon. Jika paras hormon tinggi, peluang embrio membesar menjadi janin juga cerah. Pada masa sama, wanita berkenaan memerlukan suntikan hormon bagi menghalang kelenjar pituitari mengeluarkan FSH dan LH.

Dr Abdul Ghafar berkata, walaupun bunyinya sukar, ia memberi harapan kepada pasangan untuk menimang anak sendiri.

Faktor lelaki
 
- Tidak upaya melakukan hubungan seks.

- Masalah sperma.

Faktor wanita

- Masalah melakukan hubungan seks.

- Masalah ovulasi.

- Kehadiran endometriosis.

- Ketiadaan rahim.

- Mempunyai antibodi terhadap sperma dan ovum (telur).

- Umur

Penyelesaian Melalui Kaedah Pemakanan

Bagi membantu anda menyelesaikan masalah ini, disyorkan untuk mencuba melalui kaedah alternatif secara semulajadi melalui pemakanan kesihatan iaitu Pro Aktif PCN.  

KENAPA?

Pro Aktif PCN perlulah diamalkan kedua-dua pasangan suami & isteri. Punca-punca yang menyebabkan kesukaran untuk hamil terlalu banyak tambahan pula tiada siapa pun yang tahu apakah puncanya kerana masalah berlaku di dalam badan kita justeru dengan mengamalkan Pro Aktif PCN, ia akan menyelesaikan masalah-masalah yang anda tidak ketahui dalam badan anda dan selesaikan segera dari dalam.

Ia bertindak memudakan semula sistem pembiakan lelaki dan wanita serta membantu memperbetulkan semula sistem peranakan wanita. Ini bermaksud, ia menjadikan sistem pembiakan anda seperti zaman remaja anda iaitu bakanya baka yang muda, kuat dan sihat. Pada lelaki, ia akan membekalkan anda nutrien yang penting dalam penghasilan sel sperma yang mencukupi, sihat dan kuat agar ia dapat berenang ke destinasinya.

Bagi wanita pula, ia membantu menstabilkan dan menormalkan paras Hormon Perangsang Folikel (FSH) dan hormon Lutein (LH). Selain itu, ia akan membantu kitaran haid anda teratur supaya penghasilan telur yang banyak dapat berlaku. PCN juga akan menguatkan dinding rahim anda agar embrio yang terbentuk dapat melekat dengan baik.

Dalam komponen utamanya iatu Jeli Gamat GOLD, mempunyai kesan anti inflammasi dan penahan sakit yang membantu mereka yang mempunyai masalah endometriosis. Ia mampu membantu mengelakkan masalah endometriosis kerana ia menghasilkan pengecutan rahim yang sempurna ketika haid menyebabkan darah mengalir ke arah luar.

Komponen kedua iaitu Spirulina Pacifica juga boleh memainkan peranan di sini disebabkan kandungan GLA yang tinggi turut membantu mereka yang mempunyai senggugut yang serius. Dan sebagai tambahan untuk membantu anda meningkatkan keupayaan ketika melakukan hubungan seks selain PCN, anda juga boleh amalkan Vigor Plus sebagai Booster tenaga dalaman anda. Kadang kala disebabkan faktor penat bekerja dan stres ditempat kerja kadang kala mempengaruhi hubungan seksual anda.

Selain itu, jika boleh anda perlulah menjauhi sementara waktu jenis-jenis pemakanan ini jika ingin membantu anda mencapai impian anda dengan cepat antaranya ;

1. Makanan Pedas & Masam.
2. Organ-organ Dalaman.
3. Makanan Berasaskan Telur termasuklah roti, biskut dan lain-lain.
4. Minuman Berkafein termasuklah minuman 3 in 1 DAN banyakkan minum air.

Anda perlu beri sedikit masa dengan mencuba mengamalkan Pro Aktif PCN antara tempoh 3 - 6 bulan. Peringkat awal anda ketika anda mencuba Pro Aktif PCN selama 2 minggu pertama, anda diminta tidak bersama dengan pasangan anda sementara waktu. Anda perlu beri masa untuk tempoh bertenang kepada badan anda melalui proses penyembuhan. Selepas 2 minggu, anda boleh mencuba 'bersama' pasangan selama 3 hari berturut dan berehat seketika selama 3 hari dan kemudian teruskan lagi 3 hari berturut-turut dan seterusnya. Kekerapan sebegini bertujuan meningkatkan kemungkinan persenyawaan berlaku dengan lebih tinggi selain merangsang tubuh badan untuk menghasilkan sperma dan telur yang banyak.

Selain itu, kita sebagai umat Islam, janganlah lupa berdoa setiap hari agar dipercepatkan dikurniakan rezeki cahaya mata. Dan ketika bersama jangan lupa bacaan doa ketika bersetubuh sekurang-kurangnya dimulai dengan kalimah Basmallah :)

Jadi, cubalah hari ini Pro Aktif PCN!

                                                        Pro Aktif PCN                                    

Vigor Plus

Borang Pesanan (klik sini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...