Kenapa Anda Perlu Memilih Produk Gamat Keluaran Luxor ?


MENGAPA kami memilih rangkaian produk gamat Serigama Luxor sebagai produk utama dalam pemasaran kami adalah kerana dua sebab utama iaitu yang pertamanya ia telah lama digunakan secara tradisional bagi sesetengah golongan manusia seperti orang cina di China yang telah mengamalkan gamat sejak 2500 tahun yang lalu dan masyarakat melayu di Tanah Melayu juga telah menggunakan gamat sejak 450 tahun yang lalu. Secara tradisinya gamat sudah dikenali dan telah lama diamalkan.

Sebab keduanya adalah kerana data hasil kajian saintifiknya yang telah terbukti dari segi khasiat dan nilai perubatan terapeutiknya yang begitu tinggi terutamanya Gamat Emas (Stichopus hermanii). Kajian saintifik ini telah dijalankan oleh ramai saintis dari seluruh dunia termasuklah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (USA), Jepun malah saintis Malaysia sendiri telah lama melakukan kajian mengenai gamat. Intitusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) kini giat dalam menjalankan kajian mengenai Gamat Emas (Stichopus hermanii).



Hasil kajian daripada UKM secara klinikal membuktikan bahawa Gamat Emas (Stichopus hermanii) dapat mengecutkan rahim selepas bersalin, menjaga sistem kardiovaskular dengan mengurangkan kelikatan darah akibat lemak dalam badan, menurunkan tekanan darah tinggi, cepat dalam penyembuhan luka-luka kecil dan luka dalaman badan. Ia juga didapati bertindak sebagai anti-kulat terutama bagi wanita yang kerap mengalami masalah keputihan akibat jangkitan kulat.



Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Ridzwan Hashim yang merupakan salah seorang saintis yang begitu terkenal di dunia dalam kajian gamat, Gamat Emas didapati mempunyai kesan analgesik atau kesan tahan sakit yang cepat dan lebih selamat daripada kesan sampingan. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah sendi atau artritis.


KHAZANAH MALAYSIA

Gamat dijadikan sebagai salah satu Khazanah Malaysia kerana terdapat 40 spesies gamat daripada 2000 spesies gamat di dunia boleh didapati di perairan Malaysia yang mana nilainya tidak sama dari tempat yang lain. Malaysia merupakan pengeluar gamat yang begitu masyhur di dunia. Sumber gamat yang boleh didapati di Malaysia adalah di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor (Perak) dan Batu Buruk (Kuala Terengganu).

Di antara 40 spesies gamat yang boleh didapati di Malaysia hanya 4 spesies sahaja yang selamat digunakan untuk amalan pemakanan dan untuk perubatan iaitu dari famili Stichopus. 4 spesies gamat tersebut adalah Stichopus hermanii (Gamat Emas), Stichopus badionatus (Gamat Belang), Stichopus horrens (Gamat Putih) dan Stichopus chloronatus (Gamat Hitam).


Stichopus hermanii atau lebih dikenali sebagai Gamat Emas merupakan antara spesies yang paling sukar ditemui dan paling tinggi khasiat serta kesan terapeutik yang tinggi. Gamat Emas ini hanya dapat ditemui di dalam laut berketinggian 60 hingga 70 kaki dari permukaan laut dan hanya terdapat di 3 tempat sahaja yang boleh dijumpai iaitu dari Pulau Langkawi hingga ke Pulau Phuket, Pulau Pangkor di Perak dan Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Gamat boleh hidup selama 5 hingga 10 tahun tetapi untuk kegunaan perubatan, gamat yang dipilih adalah berumur antara 5 hingga 8 tahun kerana pada usia ini gamat berada pada peringkat matang. Gamat Emas yang digunakan dalam rangkaian produk gamat serigama Luxor adalah 100 % ekstrak Gamat Emas baka tulen. Ketulenan ini dibuktikan hasil kerjasama Luxor Network Sdn Bhd dan IIUM melalui ujian pengecaman DNA cap jari. Maka, rangkaian produk gamat serigama Luxor boleh dipertanggungjawabkan penggunaannya.

Khasiat gamat begitu dikagumi oleh para saintis di seluruh dunia sehinggakan kajian dilakukan di USA dengan meletakkan gamat yang telah dibelah dua diletakkan dalam tangki yang berisi air laut. Dalam tempoh setengah jam didapati gamat tersebut dapat mencari bahagian badan yang terpotong tadi dan telah bercantum dengan sempurna tanpa ada kesan parut termasuk bahagian organ dalaman gamat. Fenomena inilah yang menyebabkan saintis di USA begitu tekun melakukan kajian terhadap gamat.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)